Metodologi

Only available on StudyMode
  • Pages: 9 (2493 words)
  • Download(s): 612
  • Published: April 5, 2011
Open Document
Text Preview
BAB 3
METODOLOGI
Bab ini mengandungi beberapa perkara yang menjelaskan mengenai kaedah kajian yang telah dijalankan. Perbincangan meliputi reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi, persampelan, instrument kajian, pengukuran pemboleh ubah kajian, pra-uji, prosedur pengumpulan data dan penganalisaan data. Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kuantitatif. Menurut Litteljohn (1999) (dalam Hashim Fauzy, 2008) ia berkaitan dengan kaedah deduktif-hipotetiko yang berdasarkan lima konsep utama iaitu, hipotesis, operasionisme, kawalan dan manipulasi, covering law dan peramalan. Pendekatan kuantitatif ini dilaksanakan untuk menjawab persoalan kajian mengenai tahap pendedahan maklumat mengenai kanser serviks. Sekatat manakah tahap penggunaan komunikasi interpersonal dalam proses mendapatkan maklumat mengenai kanser serviks dan kesan pendedahan maklumat mengenai kanser serviks. Menurut Syed Arabi (1998), kaedah tinjauan adalah satu kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk mengumpul data daripada satu populasi. Freyet (1991) menyatakan bahawa kaedah tinjauan sangat berfaedah terutamanya untuk mengumpul informasi deskriptif bagi populasi yang terlalu besar untuk setiap elemem yang dikaji. Menurt Jusang (2006), kaedah ini dapat merangsang responden kajian dalam memberi maklumat yang tepat berdasarkan masa untuk berfikir secara rasional bagi menjawab soalan yang dikemukakan tanpa perlu dijawab tergesa-gesa. Di samping itu, kesesuaian kaedah tinjauan digunakan kerana ia menggunakan strategi yang cukup terus terang iaitu dengan menanya soalan kepada responden dan menganalisis jawapan mereka. Bagi tujuan pengumpulan data, kaedah tinjauan berbantukan borang soal selidik yang ditadbir sendiri. Soal selidik adalah satu alat yang penting bagi seseorang pengkaji kerana kualiti atau mutu soal selidik akan menentukan nilai penyelidikan pada keseluruhannya (Syed Arabi, 1998) (dalam Norizah, 2004). Penyelidik memberi perhatian berat terhadap pembentukan soal selidik kerana soal selidik adalah instrumen untuk mendapatkan data daripada responden. Soal selidik boleh dianggap juga sebagai usaha menyampaikan rangsangan bagi mendapatkan jawapan daripada responden. Menurut Babbie (2004) kaedah tinjauan kaji selidik sering kali digunakan dalam kajian di mana unit dianalisis adalah individu manusia. Tambahan pula, tinjauan kaji selidik juga merupakan kaedah pengumpulan data terbaik apabila wujud situasi di mana populasi kajian adalah terlalu besar. Bagi menentukan responden yang dipilih menwakili populasi kajian, kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Wimmer dan Dominick (1997) ((dalam Norizah, 2004) pula berpendapat bahawa kaedah tinjauan kaji selidik membolehkan pengkaji menggunakan maklumat dan data sedia ada sebagai sumber maklumat utama. Malahan data juga boleh terus digunakan untuk menjawab objektif kajian. Kajian ini telah menggunakan kaedah soal selidik dan dihantar terus kepada responden dengan tangan (drop and pick). Cara ini bukan sahaja menjimatkan kos, masa dan tenaga, malah dapat memastikan borang soal selidik sampai kepada responden dengan segera (Babbie, 2004). Untuk memastikan yang kesemua borang soal selidik dikembalikan, penyelidik sendiri mengutip boring soal selidik yang telah dilengkapkan oleh responden. Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan komunikasi interpersonal dalam proses mendapatkan maklumat mengenai kanser serviks, tahap pendedahan serta kesan pendedahan maklumat mengenai kanser serviks dalam kalangan wanita. Data yang diperoleh dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden yang terpilih mewakili populasi. Setiap maklumat akan ditafsirkan secara kuantitatif. Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor Darul Ehsan. Penubuhan universiti ini mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931. Pada ketika itu, sekolah tersebutlebih memberi tumpuan dan penekaan kepada bidang pertanian di Tanah...
tracking img