Masyarakat Cina Di Malaysia

Only available on StudyMode
  • Pages : 20 (6587 words )
  • Download(s) : 1877
  • Published : March 12, 2011
Open Document
Text Preview
MASYARAKAT CINA DI MALAYSIA
PENGENALAN
Masyarakat Cina di Malaysia merujuk kepada sekelompok manusia iaitu orang Cina yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi di negara kita. Mereka biasanya berasal dari luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka adalah pendatang dari China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Pendatang Cina awal telah membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk adat Melayu, berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Pendatang-pendatang seterusnya (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina pula dikenali sebagai Sinkheh (新客) dan maksudnya ialah "tetamu baru”. Etnik Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Etnik Cina telah lama mendominasi ekonomi Malaysia. Semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga tahun 2004, mereka menjadi bangsa terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara. 2.0 SEJARAH PERPINDAHAN MASYARAKAT CINA

Sebenarnya masyarakat Cina mempunyai perhubungan lama dengan Tanah Melayu terutamanya menerusi kegiatan perdagangan. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, hubungan politik yang agak akrab dengan negara China telah wujud. Dengan pengambilan Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819), bermulalah satu tahap baru kedatangan orang Cina. Orang Inggeris telah menggalakkan kedatangan mereka kerana pihak Inggeris berpendapat orang Cina mempunyai semangat bekerja kuat, berdaya usaha dan bersifat keusahawanan. Selain terlibat dalam perdagangan, terdapat orang Cina yang yang bekerja di sektor pertanian. Penghijrahan beramai-ramai orang Cina ke Tanah Melayu berlaku pada pertengahan kurun ke-19 hingga ke-20. Mengikut banci tahun 1891, separuh penduduk di Perak, Selangor dan Sungai Ujong adalah orang Cina. Kemasukan mereka biasanya didorong oleh pembesar-pembesar Melayu yang mempunyai kuasa pegangan di daerah tersebut. Kemasukan orang Cina bertambah ramai pada zaman penjajahan Inggeris. Hal ini bermula di negeri-negeri Selat yang banyak peluang pekerjaan dan perniagaan. Apabila modal British dan Cina Selat berkembang ke negeri-negeri Melayu yang berjiran, penghijrahan ke kawasan tersebut menjadi pesat. Imigran Cina datang dari pelbagai wilayah dan beragam sifatnya. Orang Hokkien biasanya menceburi bidang perniagaan, orang Hakka melombong dan orang Teochew bertani serta nelayan. Nampaknya di kalangan masyarakat Cina sendiri sudah bersifat majmuk. 2.1 Faktor Kedatangan Masyarakat Cina

Kedatangan Orang Cina ke Malaysia didorong oleh faktor penolak dan penarik. Keadaan di China sendiri telah menjadi faktor penolak yang mendorong orang Cina berhijrah. Banyak bencana berlaku dan mengakibatkan penderitaan rakyat. Bencana alam seperti banjir dan kemarau sering berlaku. Pengalihan aliran Sungai Kuning dan Honan ke Shantung menyebabkan banjir besar. Pada tahun 1900, kemarau melanda China. Bencana alam ini ditambah lagi dengan kekejaman pemerintahan Manchu yang mengenakan cukai yang tinggi kepada petani. Bilangan penduduk Cina juga bertambah dengan pesatnya yang menyebabkan kekurangan peluang pekerjaan. Dari segi agihan pemilikan tanah juga tidak menguntungkan petani kerana 60 peratus dikuasai oleh golongan kaya. Keadaan ekonomi di China juga diburukkan oleh kemasukan barang-barang Barat terutama selepas Perang Candu. Kemasukan barang-barang ini menyebabkan ramai pekerja Cina hilang pekerjaan di...
tracking img