Masalah Susuan Badan

Only available on StudyMode
  • Pages : 6 (1629 words )
  • Download(s) : 412
  • Published : August 1, 2010
Open Document
Text Preview
RUMUSAN
* Jurnal “management of common breast-feeding problems” membincangkan tentang masalah-masalah yang amnya timbul akibat penyusuan badan dan cara-cara untuk mengawalnya. * Terdapat beberapa jenis komplikasi yang berlaku sama ada bagi pihak ibu yang menyusukan dan juga bayi mereka. Antara contoh masalah yang dihadapi si ibu termasuklah lecetan pada puting payudara, sekatan susu, pembengkakan, saluran tersumbat, mastitis (kesan melecur), payudara bengkak yang bernanah, dan jangkitan monilial pada puting. * Selain itu, masalah lain bagi bayi yang dibincangkan adalah seperti kenaikan berat badan yang rendah, demam kuning, dan senak perut. * Lecetan pada puting payudara merupakan alasan yang selalu diberikan oleh ibu untuk tidak menyusukan bayi mereka dengan susu badan. Si ibu biasanya akan berasa sakit pada putting payudara mereka sepanjang bayi menyusu. Selalunya puting payudara akan pecah-pecah, kemerahan atau berdarah. Masalah ini biasanya berlaku pada beberapa minggu pertama postpartum (wanita menghadapi tekanan akibat perubahan hormon selepas melahirkan) dan ketika bayi mengetap rahang mereka pada payudara. Namun, masalah ini boleh dicegah bermula pada sebelum melahirkan dengan beberapa kaedah. Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah seperti persediaan prenatal dengan menggulung puting payudara, penggunaan krim atau semburan antiseptik, dan melakukan colostrum untuk menggalakkan pengeluaran susu pada akhir saat mengandung. Namun, kajian lanjut mendapati penggunaan kaedah semburan antiseptik dan colostrums kurang atau tiada langsung kesan untuk mencegah lecetan pada putting payudara. * Masalah kedua yang dihadapi ibu ialah pengeluaran susu yang tersekat seterusnya menambahkan lagi keperitan pada puting payudara. Hal ini terjadi akibat daripada tempoh penyusuan yang lebih lama oleh bayi unyuk mendapatkan kuantiti susu yang secukupnya. Bagi sesetengah wanita, susu mungkin akan mengalir pada payudara yang tidak menyusukan. Perkara yang perlu dititikberatkan juga ialah privasi ketika menyusukan, keselesaan dan rehat bagi ibu, dan posisi yang sesuai. Aplikasi haba seperti mandian panas sebelum menyusukan dapat menambahkan pengaliran susu. * Pembengkakan menyebabkan payudara menjadi keras dan menyukarkan penyusuan. Memicit dengan tangan atau pengepaman sebelum menyusu boleh melembutkan payudara dan menambahkan keselesaan si ibu. Pemerhatian menyatakan bahawa tempoh penyusuan yang lebih lama ketika awal postpartum dapat mengurangkan pembengkakan. * Saluran susu tersumbat mungkin disebabkan oleh penghasilan susu yang berlebihan, bra terlalu ketat, payudara tidak dikosongkan sepenuhnya ataupun kegagalan mempelbagaikan kedudukan bayi pada payudara ketika meyusukan. Masalah ini boleh dirawat dengan mengaplikasikan haba dan urutan pada puting payudara, digabungkan dengan penyusuan secara kerap dalam pelbagai posisi. Sumbatan secara berterusan boleh manyebabkan payudara bengkak dan bernanah jika mastitis berlaku. * Mastitis puerperal merupakan jangkitan pada payudara yang mengeluarkan susu dan biasanya disebabkan oleh Staphylococcus Aureus dan kadangkala turut disebabkan oleh Escherichia Coli dan spesies Streptococcus. Mastitis biasanya berlaku pada awal 2 bulan pertama selepas postpartum, atau boleh juga ketika tempoh penyusuan. * Payudara bengkak dan bernanah boleh terjadi akibat daripada mastitis yang tidak dirawat ataupun mastitis yang memburukkan lagi keadaan saluran payudara yang tersumbat. Antara rawatan yang boleh dijalankan dengan penorehan dan penyaliran, terapi antibiotik, analgesia (pengebasan), dan diteruskan dengan pengosongan payudara yang terjejas. * Jangkitan monilial telah dikaitkan dengan kerosakan pada puting, terapi antibiotic, sejarah ‘monilial vaginitis’ pada ibu ketika mengandung, dan penyakit mulut pada bayi. * Kesibukan ibu bekerja juga penyumbang kepada faktor pemberhentian penyusuan badan. * Kenaikan kenaikan berat badan bayi yang rendah pula tidak seharusnya...
tracking img