Latihan Daya Tahan Otot

Only available on StudyMode
  • Pages : 3 (443 words )
  • Download(s) : 672
  • Published : April 21, 2011
Open Document
Text Preview
PENGENALAN

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah: • Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
• Strok (angin ahmar)
• Tekanan darah tinggi
• Batu hempedu
• Diabetes (kencing manis)
• Paras kolestrol darah yang tinggi
• Gout
• Sakit di bahagian bawah belakang badan
• Sukar bernafas
• Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut • Gangguan pembuangan air kecil
• Penyakit hati
• Barah usus

Senaman yang boleh dilakukan

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan: • Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik. • Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa. • Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy. • Berjalan-jalan, berkebun.

• Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

Siapakah yang tergolong dalam obesiti

• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal; • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya; • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI); • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan...
tracking img