Page 1 of 1

Laporan Merentas Desa Sksml

Continues for 0 more pages »
Read full document

Laporan Merentas Desa Sksml

  • By
  • April 20, 2011
  • 269 Words
  • 460 Views
Page 1 of 1
LAPORAN MERENTAS DESA
TARIKH : 28hb Januari 2011
MASA : 8.00 hingga 11.00 pagi

Acara merentas desa merupakan satu acara wajib yang patut diadakan di semua sekolah kebangsaan dan juga sekolah menengah di seluruh Malaysia. Ia merupakan salah satu aktiviti di bawah pentadbiran badan ko-kurikulum sekolah. Bagi Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar, acara ini telah dijalankan pada hari Jumaat yang lalu. Acara pada hari tersebut dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai keselamatan dan perjalanan aktiviti. Selepas itu, acara diteruskan dengan aktiviti senamrobik yang diketuai oleh Encik Firdaus. Pada jam 9.00 pagi murid telah dilepaskan secara berperingkat-peringkat bermula dengan murid perempuan. Sepuluh minit selepas itu barulah murid lelaki pula dilepaskan. Acara merentas desa ini hanya disertai oleh murid-murid Tahap 2 sahaja. Jarak laluan yang perlu ditamatkan oleh semua murid adalah sepanjang 5 kilometer dan kebanyakan laluan ini adalah di dalam kawasan taman perumahan sahaja. Jadi bagi aspek keselamatan ia adalah amat terjamin dan tidak membahayakan murid. Pihak sekolah juga turut memohon bantuan daripada pihak polis bagi menjaga laluan yang terdapat kenderaan ulang- alik dan berisiko tinggi. Bagi acara ini saya telah dipertanggungjawabkan menjaga laluan di `check point’ ke-21 yang merupakan antara kawasan yang penting kerana ianya laluan kenderaan yang keluar masuk dan juga berdekatan satu kawasan simpang. Jadi, kawasan itu perlu diberi perhatian serius dan penjagaan yang teliti bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Semua murid telah menamatkan acara ini dengan baik sekali. Hanya terdapat seorang murid yang telah diberi bantuan kerana tidak mampu menamatkan acara. Bagi murid lain, mereka berjaya menyelesaikan keseluruhan laluan dengan peserta terakhir yang sampai adalah pada jam 10.20 pagi.