Read full document

Keseimbangan Pasaran

By | Feb. 2011
Page 1 of 12
BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

3.0: KESEIMBANGAN PASARAN 3.1: PENENTUAN KESEIMBANAGAN Berbalik kepada contoh pasaran keropok lekor di atas, kita dapati bahawa keluk permintaan sesuatu barang termasuk keropok lekor ini adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan, dan sebaliknya keluk penawaran pula akan mencerun ke atas dari kiri ke kanan. Maka dengan mengabungkan kedua-dua keluk permintaan dan penawaran ini, kita akan dapat menentukan keseimbangan harga dan kuantiti barang tersebut di pasaran. Seperti di gambar rajah 2.14, keseimbangan pasaran akan diperlolehi apabila kedua-dua keluk permintaan (D) bersilangan dengan keluk penawaran (S), iaitu di titik E. Ini bererti bahawa keseimbangan harga di pasaran barang ini ialah di Po dan keseimbangan kuantiti di pasaran ialah di Ko.

Harga (RM)

S

Po

E

D

0

Ko

Kuantiti

Rajah 2.14: Keseimbangan pasaran

Satu perkara penting dalam analisis ini ialah keseimbangan harga dan kuantiti ini bukan ditentukan oleh permintaan dan penawaran seseorang individu atau sesebuah firma, tetapi ia adalah ditentukan oleh keluk-keluk permintaan dan penawaran pasaran.

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya www.drhamzaid.com 121

BAB 2: PERMINTAAN DAN PENAWARAN

3.2: KONSEP LEBIHAN ATAU KEKURANGAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN 3.2.1: Analisis berdasarkan jadual Untuk melihat bagaimana konsep kesimbangan pasaran ini dicapai, kita cantumkan maklumat-maklumat permintaan dan penawaran pasaran bagi satu barang seperti keropok lekor, iaitu seperti di jadual 2.11. Berdasarkan Jadual 2.11, pada tingkat harga RM1.00 sekilogram, jumlah kuantiti keropok lekor yang diminta ialah sebanyak 60 kg., sementara jumlah keropok lekor yang ditawarkan pula ialah sebanyak 10 kg. sahaja. Maka ini bererti berlaku lebihan permintaan sebanyak 50 kg. Lebihan permintaan ini bererti bahawa terdapat sebahagian daripada pengguna yang tidak memperolehi keropok lekor tersebut. Maka kesannya ialah sebahagian...

Rate this document

What do you think about the quality of this document?

Share this document

Let your classmates know about this document and more at Studymode.com