Kesan Peperangan Terhadap Keseimbangan Pasaran Minyak Dan Kereta

Only available on StudyMode
  • Pages : 11 (2152 words )
  • Download(s) : 861
  • Published : March 14, 2011
Open Document
Text Preview
FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT
____________________________________________________________

____________

BBEK1103
PRINCIPLES OF MICROECONOMICS
____________________________________________________________

____________

ASSIGMENT TITLE: KESAN PEPERANGAN DI NEGARA PEGELUAR MINYAK UTAMA DI DUNIA TERHADAP KESEIMBANGAN PASARAN MINYAK DAN KERETA (PRINCIPLES OF MICROECONOMICS)

RUBERT SALIMON @ SALIMUN
Matric number: 700424125569001
700424-12-5569
013 8908889
rubert@oum.edu.my

Tutor’s name: LOURALEI BINTI ABDUL RASAD
Learning Center: Kota Kinabalu
Kota Kinabalu

Semester
JAN 2011

ISI KANDUNGAN
PerkaraHalaman

Isi Kandungan ..........................................................................................1

Pengenalan ...............................................................................................2 - 3

Kesan Peperangan di Negara Pengeluar Minyak Utama Dunia
Keseimbangan Pasaran Minyak ......................................................3 - 6 Keseimbangan Pasaran Kereta .........................................................6 - 8

Kesan Pengenaan Cukai Kereta Selepas Perang ..................................8 - 9

Kesimpulan ................................................................................................10

Rujukan ........................................................................................................11

Pengenalan

Bahan Bakar Minyak (BBM) merupakan bahan asas utama untuk menggerakkan ekonomi global. Hal ini menyebabkan BBM sebagai bahan komoditi yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Seperti yang kita sedia maklum, BBM digunakan secara meluas di dalam sektor ekonomi seperti pengangkutan, perindustrian, pembinaan, dan sebagainya. Oleh itu sebarang perubahan terhadap penawaran dan permintaan BBM turut mempengaruhi ekonomi global.

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran BBM. Antaranya adalah seperti perperangan yang tercetus di negara-negara pengeluar utama BBM dan kekalutan ekonomi dunia. Misalnya apabila Negara A yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar di dunia mengalami peperangan, sudah pasti penawaran BBM akan terjejas sekaligus akan memberikan impak yang negatif kepada ekonomi global kerana pengeluaran BBM yang semakin berkurang . Contohnya, apabila tercetusnya peperangan di Negara Iraq, aktiviti pengeluaran minyak di Negara tersebut hampir lumpuh sama sekali. Menurut Organization of the Petroleum Exporting Countries ataupun OPEC, dalam http://naturulis.blogspot.com/2007/ kemampuan pengeluaran minyak harian negara tersebut telah merosot dengan ketara dari 2 juta tong sehari kepada kurang daripada 50 000 tong sehari. Justeru, keadaan ini telah menyumbang kepada kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

Dari sudut pemasaran, setiap kali berlakunya kenaikan harga minyak di pasaran dunia akan mengakibatkan kewujudan kesan ekonomi yang negatif sekaligus memberikan impak yang besar dari pelbagai sudut. Sebagai contoh kenaikan harga runcit BBM akan menimbulkan masalah yang amat besar terhadap pengguna dari pelabagai aspek. Lazimnya, kenaikan harga petrol sudah pasti akan mengakibatkan kesan berganda terhadap barang dan perkhidmatan yang lain. Jika kos pengangkutan meningkat maka harga barangan juga akan meningkat. Jika harga barangan dan perkhidmatan meningkat sekaligus akan menyebabkan kos sara diri meningkat . Jika kos hidup terlalu tinggi dan lebih tragis jika tidak selaras dengan pendapatan maka kualiti hidup akan menurun. Senario ini sama sekali akan mengganggu kesihatan penduduk global sama ada dari segi fizikal, mahupun mental ataupun emosi . Gangguan kesihatan yang berpanjangan akan memberi kesan kepada produktiviti dan seterusnya ke atas aktiviti pengeluaran dan pendapatan negara akan turut terjejas.

Selain itu, peningkatan harga BBM juga akan memberi kesan secara langsung terhadap pasaran kereta kerana kereta dan petrol...
tracking img