Kepentingan Ketahanan Negara Dalam Menghadapi Bencana

Only available on StudyMode
  • Pages : 3 (767 words )
  • Download(s) : 308
  • Published : April 18, 2011
Open Document
Text Preview
Kepentingan ketahanan negara dalam menghadapi bencana
Oleh Shaharudin Ismail
Salah satu agenda Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama adalah untuk memperkukuhkan tahap ketahanan negara dalam mengatasi krisis ekonomi, keselamatan negara dan peperangan terhadap penganas. Malah beliau pernah menyeru rakyatnya bersama-sama memperkukuhkan ketahanan negara kerana usaha ini akan memakan masa yang lama dan memerlukan komitmen dan kerjasama dari rakyatnya. Ketahanan negara (National Resilience) selalunya dikaitkan dengan ketahanan sesebuah negara dalam menghadapi krisis, bencana ataupun gangguan yang boleh mengganggu ketenteraman, keharmonian, keamanan dan kestabilan negara. Isu ketahanan sesebuah negara telah menjadi hangat berikutan peristiwa serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York pada tahun 2001. Ia menjadi penting dan telah menjadi topik perbincangan di kalangan pemimpin negara, pembuat polisi, ahli akademik dan juga pelaksana undang-undang berikutan rentetan kejadian bencana alam, serangan penganas dan krisis ekonomi yang berlaku sehingga membuatkan banyak negara termasuk Amerika Syarikat, Australia dan Britain, sama ada mengkaji semula polisi, proses, prosedur serta pelan kecemasan sedia ada atau mewujudkan polisi, proses dan prosedur yang baru khas untuk menangani isu tahap ketahanan di negara masing-masing. Kejadian bencana alam yang dimaksudkan termasuklah serangan tsunami di Asia dalam tahun 2004, taufan Katrina dalam tahun 2005 di Amerika Syarikat, dan yang terbaru adalah kejadian gempabumi di Haiti dan juga Chile. Krisis kewangan yang bermula di Amerika Syarikat pada bulan September 2008 telah menular menjadi krisis kewangan global juga telah menjadikan isu ketahanan ekonomi negara menjadi sesuatu yang penting. Melihat kepada kejadian gempabumi yang melanda negara Chile baru-baru ini, negara ini dilihat mempunyai ketahanan, keupayaan dan kemampuan yang begitu baik dalam menghadapi bencana alam untuk beberapa hari pertama kejadian. Ini adalah...
tracking img