Kemurungan Pelajar

Only available on StudyMode
  • Pages : 18 (5148 words )
  • Download(s) : 582
  • Published : March 16, 2011
Open Document
Text Preview
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 113–129, 2005

KEMURUNGAN DI KALANGAN PELAJAR: SATU KAJIAN KES
See Ching Mey dan Lee Siew Siew Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia

Abstrak: Kajian ini cuba mengenal pasti kelaziman kemurungan di kalangan pelajarpelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan Cina. Kajian ini menyelidik sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min kemurungan antara remaja lelaki dengan remaja perempuan. Kajian ini juga menguji perhubungan antara kemurungan dengan pencapaian akademik. Inventori Kemurungan Beck yang berbentuk laporan kendiri digunakan untuk mengumpulkan data dan inventori ini diedarkan secara rawak kepada 182 pelajar Tingkatan Tiga. Analisis statistik yang digunakan adalah jadual silang, ujian-t, korelasi Pearson dan ANOVA Satu Hala. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 43.41% daripada sampel mengalami kemurungan klinikal (skor melebihi 17). Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Sebaliknya, kemurungan remaja berhubungan dengan tahap pencapaian akademik yang lemah. Abstract: This study seeks to examine the prevalence of depression amongst Form Three students in a national-type chinese secondary school. The study investigates whether there is a significant difference in the mean score for depression between male and female adolescents. In addition, this study also examines the relationship between depression and academic achievement. The data collected was based on a selfadministered questionnaire, Beck Depression Inventory, which was distributed to 182 randomly selected students in Form Three. The statistical methods utilized were crosstabulation, t-test, Pearson correlation and One-Way Anova. The results indicated that about 43.41% of the students scored above the cut off point (17) for clinical depression in the Beck Depression Inventory. Results also showed that there was no significant difference between the boys and girls in the mean score. On the other hand, the adolescents depression is associated with poor academic achievement.

PENGENALAN Dalam kegunaan seharian, perkataan "kemurungan" merujuk kepada perasaan sedih yang dialami oleh seseorang individu (Wicks-Nelson & Israel, 2003). Namun sebenarnya perkataan ini sukar ditafsirkan. Ini kerana ia boleh membawa banyak maksud dan boleh digunakan dalam pelbagai keadaan (Sprinthall & Collins, 1995; Haugaard, 2001). Kemurungan boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997). Dalam kajian ini, kemurungan akan dilihat sebagai suatu kecelaruan perasaan 113

See Ching Mey dan Lee Siew Siew

yang berbentuk klinikal dengan merujuk kepada satu skor yang berjumlah 17 atau ke atas dalam Inventori Kemurungan Beck. Setiap individu di dunia ini pernah mengalami perasaan sedih atau muram pada masa tertentu sepanjang hayatnya (Gurian, 2001; Steinberg, 1999). Bagi kebanyakan orang, gangguan emosi ini hanya berjangka masa pendek sahaja. Namun dalam kes-kes tertentu, perasaan murung ini berlanjutan sehingga membawa kepada akibat yang tidak diingini seperti membunuh diri atau penyakit mental yang lebih serius (Ingersoll, 1989). Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemurungan boleh menjejaskan pelbagai aspek hidup seseorang individu sama ada dari segi kognitif, emosi, sosial mahupun fizikal. Kemurungan di kalangan Remaja Kemurungan di kalangan kanak-kanak dan remaja merupakan satu isu yang kontroversial sejak beberapa dekad yang lalu (Kauffman, 2001). Ini kerana sebelum satu dekad yang lalu banyak pakar menafikan wujudnya kemurungan di kalangan kanak-kanak dan remaja (Erickson, 1992). Banyak kajian yang dibuat pada tahun 1960-an dan 1970-an telah membuktikan bahawa kemurungan bukan sahaja wujud pada zaman kanak-kanak dan remaja tetapi ia lebih serius daripada yang dijangkakan (Dacey & Kenny, 1997;...
tracking img