Kajian Komuniti Masyarakat Nelayan

Continues for 10 more pages »
Read full document

Kajian Komuniti Masyarakat Nelayan

By | July 2010
Page 1 of 11
KAJIAN KOMUNITI
MASYARAKAT MELAYU NELAYAN
DI PULAU DUYONG, KUALA TERENGGANU

Pendahuluan :

Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengkaji tentang kehidupan masyarakat nelayan di Pulau Duyong yang terdiri daripada beberapa buah kampung, apa yang menarik perhatian saya untuk membuat kajian ke atas penduduk atau masyarakat nelayan di pulau ini ialah aktiviti kehidupan mereka yang berbeza mengikut kampung. Hal ini boleh kita lihat dengan lebih teliti dalam laporan kajian saya seterusnya nanti.

Kaedah yang saya guna pakai bagi tujuan kajian ini ialah temu bual bersama beberapa orang penduduk di sekitar perkampungan nelayan tersebut, pemerhatian ke atas aktiviti harian mereka, kajian melalui laman-laman internet ( websites) dan juga kajian ke perpustakaan.

Permasalahan yang saya hadapi ketika mana menjalankan temu bual di perkampungan ini ialah saya tidak dapat mencari individu-individu yang boleh ditemu bual kerana suasana perayaan , ( umat Islam masih rancak merayakan Aidilfitri ). Namun saya akhirnya berjumpa dengan individu yang selayaknya untuk dibual bicara. Syukur dengan ketentuan ini , maka dapat saya menulis tentang kajian saya seterusnya.

Kajian saya bermula dari pengalaman mencandat sotong bersama keluarga di luar perairan pantai, kami telah berhenti di sekitar Pulau Kapas untuk mencandat sotong. Tekong yang membawa kami ialah seorang nelayan gigih yang dikenali sebagai ‘Ayah Su’ di kalangan ‘awak-awak’nya.

Putih bin Daud merupakan anak Pulau Duyong jati yang telah berumur sekitar 70an. Ketika ditemu bual beliau baru sahaja pulang dari ‘ke laut’. Selama seminggu beliau berada bersama 4 orang ‘ awak-awak’ yang telah lama bekerja dengannya. Beliau telah mewarisi kemahiran ke laut daripada orang tuanya dan warisan ini kini diteruskan oleh empat orang anak-anak lelakinya yang mencari rezeki sebagai nelayan laut dalam sepenuh masa.

SEJARAH ASAL USUL:

Kaitan lagenda ikan duyong dengan nama Pulau Duyong merupakan satu mitos yang...

Rate this document

What do you think about the quality of this document?

Share this document

Let your classmates know about this document and more at Studymode.com