Jurnal

Only available on StudyMode
  • Pages : 21 (5747 words )
  • Download(s) : 1397
  • Published : August 31, 2010
Open Document
Text Preview
KAJIAN TENTANG CIRI-CIRI PERSONALITI KEUSAHAWANAN DI KALANGAN USAHAWAN BUMIPUTRA (MELAYU) MALAYSIA Norita Deraman Nizamuddin Zainuddin Oemar Hamdan Universiti Utara Malaysia ABSTRAK Kajian awal ini dijalankan bagi tujuan melihat orientasi ciri keperluan pencapaian dan ciri lokus kawalan usahawan Bumiputra Malaysia. Sampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak mudah, dan soal selidik berstruktur yang mengandungi dua bahagian. Bahagian pertama melihat profil demografik dan sosio-ekonomi responden sementara bahagian kedua melihat ciri keperluan pencapaian yang diukur menggunakan 4 dimensi yang berbeza (etika kerja;mengejar kecermelangan; kemahiran; berpengaruh) yang mengandungi 16 item. Sementara ciri lokus kawalan pula diukur menggunakan 3 dimensi yang berbeza ( sifat semulajadi dalaman; peluang semulajadi; menguasai yang lain) yang mengandungi 12 item. Item-item ini diadaptasi daripada kajian yang sama oleh Littunen (2000). Skala Likert 5 titik digunakan bagi melihat tahap persetujuan responden terhadap 28 item tersebut bermula dari 1 sebagai sangat tidak setuju kepada 5 sebagai sangat setuju. Seramai 70 orang responden yang terdiri daripada 41 lelaki dan 29 wanita telah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai ciri keperluan pencapaian yang tinggi (skor melebihi 3) dengan dimensi mengejar kecermelangan mempunyai min yang paling tinggi (4.15) diikuti etika kerja (4.07), berpengaruh (3.50) dan dimensi kemahiran yang paling rendah (3.24). Mereka juga didapati mempunyai ciri lokus kawalan dalaman yang tinggi.Hasil kajian juga mendapati min purata bagi usahawan lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita dalam kedua-dua ciri yang dikaji. Walau bagaimanapun ujian – T tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan wujud. Begitu juga ujian – T yang dijalankan ke atas setiap dimensi ciri keperluan pencapaian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesemua dimensi yang terlibat kecuali dimensi berpengaruh yang menunjukkan nilai p = 0.025. Ini boleh dijelaskan dari segi pengaruh agama dan budaya yang telah lama wujud sejak dahulu lagi yang melihat lelaki adalah lebih berpengaruh, mendominasikan keadaan dan ingin menjadi ketua, terutamanya dalam masyarakat Melayu. Keputusan yang sama juga diperolehi bagi ujian – T terhadap ketiga-tiga dimensi ciri lokus kawalan yang tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan. Keputusan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ciri keperluan pencapaian dan lokus kawalan berdasarkan faktor umur, tahap pendidikan dan jangkamasa memiliki perniagaan. Keywords : Personality, Entrepreneurship

Jurnal Manajemen & Bisnis Sriwijaya Vol. 3 No. 6 Desember 2005

NORITA DERAMAN, dkk

I. PENDAHULUAN Dekad yang lepas telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap penyelidikan dan amalan dalam bidang keusahawanan. Bukti yang paling jelas tentang kebangkitan semula minat ini ialah dengan wujudnya kursus-kursus keusahawanan di universiti-universiti di seluruh dunia. Tambahan pula banyak organisasi penting termasuklah Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu(UN) terlibat di dalam pembangunan keusahawanan dan banyak negara-negara telah menggalakkan keusahawanan dikalangan rakyat mereka sebagai salah satu cabang pembangunan ekonomi Negara. Di Malaysia, kerajaan telah mengenalpasti bidang keusahawanan sebagai salah satu faktor yang paling signifikan di dalam proses perkembangan dan pembangunan ekonominya. Ini dibuktikan dengan penubuhan Kementerian Pembangunan Keusahawanan (KPUn) pada tahun 1995 yang sekarang ini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sebagai kementerian yang bertanggungjawab dalam pembangunan keusahawanan di Malaysia. Berdasarkan kepada kepentingan bidang keusahawanan yang semakin meningkat ini, adalah sangat praktikal sekiranya kita dapat mengenalpasti ciri-ciri personaliti usahawan-usahawan yang berpotensi(Ho dan Koh,1992). Dalam penyelidikan keusahawanan telah banyak...
tracking img