Junta Myanmar

Only available on StudyMode
  • Pages : 13 (3830 words )
  • Download(s) : 651
  • Published : April 8, 2011
Open Document
Text Preview
1.0PENDAHULUAN

Myanmar merupakan salah sebuah Negara yang terdapat di Asia Tenggara. Dahulunya,Myanmar lebih dikenali sebagai Burma sebelum diubah kepada Myanmar pada tahun 1989.Walaubagaimanapun,beberapa buah Negara seperti Amerika Syarikat dan United Kindom tidak menerima perubahan nama tersebut atas dasar kerajaan junta yang masih lagi memerintah.Namun nama baru ini tetap diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Mengikut sejarah,Myanmar telah merdeka pada 4 januari 1948 dari United Kindom sebagai “Kesatuan Burma”. yang mana kemudiannya bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974 dan kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Sistem politik di Myanmar di dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu. Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan. Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke-12. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas.Pada 1989 kerajaan junta tentera mengubah nama bahasa Inggeris dari Burma kepada Myanmar. Banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon. Pertukaran nama ini menimbulkan kontroversi di pihak pembangkang. Pihak penentang junta meneruskan penggunaan istilah "Burma" serta "Rangoon" kerana tidak mengiktiraf kerajaan junta tentera. Negara Barat khususnya Amerika Syarikat, Australia, Ireland, dan Britain mengekalkan istilah Burma. Sebaliknya negara lain termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima istilah Myanmar.

Politik yang stabil merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, politik Myanmar telah memaparkan keadaan yang bertentangan dari sesuana yang dihajati. Permasalah politik Myanmar diibaratkan seperti duri dalam daging yang memberi ancaman kepada kedaulatan sejagat. Antara kurap yang merupakan penyakit kepada politik Myanmar ialah perlaksanaan struktur politik yang berlandaskan kepada Buddhisme, perpecahan AFPFL dan penolakan Marxisme sebagai ideologi parti. Dalam aspek politik permasalahan ini merupakan beban yang dihadapi Myanmar selepas kemerdekaan .

2.0SEJARAH MYANMAR
Orang Mon dipercayai menjadi kumpulan terawal untuk pindah ke Lembah Ayeyarwadi dan pada pertengahan tahun 900 SM telah menguasai selatan Myanmar. Orang Mon ini menjadi orang Asia Tenggara pertama menganut agama Buddha Theravada.Orang Tibeto-Burman bercakap bahasa Pru tiba sekitar abad pertama SM Mereka tinggal di Lembah Ayeyarwadi. Kerajaan orang Mon dan Pyu giat melakukan kegiatan perdagangan antara China dengan India. Kerajaan Pyu menguasai Lembah Ayeyarwadi untuk beberapa ketika. Bagi merancakkan perdagangan dan pembinaan infrastruktur, Empayar British telah membawa masuk buruh India dan buruh China di kawasan bandar. Hari ini bandar Yangoon dan Mandalay terdapat ramai orang India. Mereka ditugaskan membina landasan kereta api dan sekolah. Penjara Insein menempatkan sejumlah besar banduan terutama banduan politik . Banyak terjadi pertumpahan darah sehingga 1930 . Pemakaian kasut di dalam kuil buddha mencetuskan bantahan dari sami-sami Buddha. Sami-sami Buddha menjadi peuang-pejuang kemerdekaan Myanmar dan ramai yang terbunuh. Antara sami yang terkenal ialah U Wisara yang mati dalam penjara selepas 163 hari mogok lapar membantah peraturan -peraturan baru di kuil Buddha. Sajak oleh Tudyard Kipling bertajuk 'Mandalay' mengingatkan betapa kesusahan hidup semasa zaman kolonial British.

Pada 1 April 1937 , Myanmar berjuang untuk mendapatkan pentadbiran berasingan dari British di India. Pada 1940-an 30 komrad yang menerima...
tracking img