Read full document

Jerebu in Malaysia

By | December 2010
Page 1 of 12
PENDAHULUAN
Udara adalah anugerah Tuhan yang sangat penting. Tanpa udara, manusia dan hidupan lain tidak boleh menjalankan proses pernafasan. Udara membekalkan oksigen yang sangat diperlukan dalam sistem pernafasan hidupan. Udara juga melambangkan sesuatu yang bermakna, kebersihan udara melambangkan kesucian, kedinginannya melambangkan kedamaian dan tiupannya melambangkan kesegaran. Namun begitu, udara tidak selamanya melambangkan kesucian atau kedamaian. Kenyataannya udara juga boleh melambangkan kerakusan menusia terhadap alam sekitar. Sejak kebelakangan ini, udara di persekitaran bandar-bandar utama di Malaysia berjerebu. Sebelum ini, tidak siapa peduli tentang jerebu, walaupun ianya telah meliputi sebahagian besar angkasa negara ini sejak awal tahun lalu. Daripada golongan tua, dewasa, remaja hinggalah kepada anak-anak kecil semua memperkatakan tentang jerebu. Kehadiran jerebu pada mulanya disifatkan sebagai 'kabus' waktu pagi yang secara tidak langsung menjadikan suasana pagi hari semakin hari semakin indah. Namun setelah menyedari apa sebenarnya jerebu maka masyarakat mengalami kejutan yang teramat sangat, tambahan lagi memikirkan kesihatan anak-anak yang saban hari terdedah kepada udara kotor. Jerebu bukanlah suatu fenomena baru, tetapi berlaku sepanjang tahun mengikut tahap keadaan semasa, ianya menjadi teruk pada masa tertentu apabila habuk terlalu banyak berkumpul di udara dalam keadaan atmosfera yang stabil.

MAKSUD JEREBU
Menyebut jerebu amat mudah tetapi mungkin ada di kalangan kita yang tidak tahu apa ertinya jerebu sepenuhnya dan kesan kepada alam sekitar. Jerebu adalah satu fenomena yang disebabkan kewujudan banyak partikel-partikel kecil (saiz: mikron) yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun hasil/ kesan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ia boleh menyekat pancaran...
Hide

Rate this document

What do you think about the quality of this document?

Share this document

Let your classmates know about this document and more at Studymode.com