Java

Only available on StudyMode
  • Pages : 9 (1358 words )
  • Download(s) : 385
  • Published : January 23, 2010
Open Document
Text Preview
BAB 1PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN

MATLAMAT

Matlamat bab ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kefahaman tentang konsep asas pengaturcaraan komputer.

OBJEKTIF

• Menerangkan konsep asas pengaturcaraan komputer.

• Menerangkan lima langkah kitar hayat dalam pembangunan aturcara.

• Merekabentuk algoritma aturcara.

• Menerangkan perbezaan di antara kategori bahasa pengaturcaraan komputer.

1. DEFINISI PENGATURCARAAN KOMPUTER

Pengaturcaraan komputer kini menjadi suatu teknologi yang amat penting dalam menyelesaikan masalah sehari-hari. Jika kita lihat kepada persekitaran di sekeliling kita, banyak situasi permasalahan dapat diatasi dengan menggunakan pengaturcaraan komputer. Sebagai contoh, pengaturcaraan komputer digunakan dalam penyediaan bil dan cek, penempahan tiket kapal terbang dan menjadi alat bantu mengajar di mana-mana institusi pendidikan.

Apakah yang dimaksudkan dengan aturcara komputer?. Aturcara komputer didefinisikan sebagai set arahan yang mengarahkan komputer untuk melakukan sesuatu tugas yang diperlukan melalui pemprosesan data yang akan menjadi maklumat berguna.

Berdasarkan kepada definisi yang diberikan, kita boleh memahami bahawa terdapat tiga elemen penting dalam menghasilkan aturcara komputer iaitu input, proses dan output. Ketiga-tiga elemen ini akan dibincangkan di dalam bahagian seterusnya iaitu Kitar Hayat Pembangunan Aturcara.

2. KITAR HAYAT PEMBANGUNAN ATURCARA

Aturcara komputer boleh dibangunkan dengan mengaplikasikan kitar hayat pembangunan aturcara. Kitar hayat ini terbahagi kepada lima fasa iaitu :

i. Analisis masalah
ii. Rekabentuk algoritma
iii. Pengkodan Aturcara
iv. Pengujian Aturcara
v. Pendokumentasian

1. Analisis masalah

Analisis masalah dimulakan dengan mengkaji semula pakej perincian aturcara. Pengaturcara akan berbincang dengan para penganalisa sistem dan pengguna tentang keperluan yang perlu ada dalam aturcara. Mereka akan menentukan keperluan aturcara input, output, dan proses yang dikehendaki (Input/Proses/Output atau IPO) seperti yang telah dinyatakan dalam bahagian sebelum ini. Untuk membantu mendokumenkan keperluan input, proses dan output bagi setiap aturcara, pengaturcara boleh menggunakan carta IPO seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

2. Rekabentuk Algoritma

Rekabentuk algoritma memerlukan tiga proses utama iaitu :
i. Pengaturcara akan mengumpulkan aktiviti aturcara dalam modul. ii. Aktiviti-aktiviti yang telah dikumpulkan akan digunakan bagi membina algoritma penyelesaian bagi setiap modul. iii. Pengaturcara akan menguji keseluruhan algoritma penyelesaian dalam aturcara

3. Pengkodan Aturcara

Pengaturcara akan menterjemahkan rajah algoritma ke dalam bahasa pengaturcaraan. Aturcara tersebut akan dimasukkan ke dalam komputer. Ulasan bagi aturcara juga turut disertakan bagi memudahkan pemahaman pengaturcara.

4. Pengujian Aturcara

Aturcara komputer akan diuji bagi memastikan ia tidak mempunyai ralat. Ralat aturcara dapat dikesan apabila aturcara tidak mengikut tatabahasa atau sintaks yang telah ditetapkan.

Secara amnya, terdapat tiga jenis ralat dalam sesebuah aturcara iaitu :

Ralat sintaks ( Syntax error )

Ralat sintaks ini terjadi apabila pengaturcara tidak mematuhi peraturan atau tatabahasa bahasa yang dipilih. Contohnya, A + B = C adalah benar dalam pernyataan Matematik tetapi dianggap salah dalam pengaturcaraan komputer. Pernyataan yang boleh diterima dalam bahasa pengaturcaraan adalah C = A + B.

Ralat Logik ( Logic error )

Ralat logik selalunya tidak disedari oleh pengaturcara kerana tiada mesej ralat diberikan dan output yang diberikan adalah salah oleh aturcara. Ralat ini selalunya melibatkan pengoperasian iaitu aritmetik, logik dan perbandingan. Contohnya, A = B + C adalah benar sekiranya nilai B dan C yang dimasukkan adalah berjenis nombor atau integer....
tracking img