Jadual Waktu Peperiksaan Upsr

Only available on StudyMode
  • Pages : 14 (2321 words )
  • Download(s) : 489
  • Published : March 28, 2011
Open Document
Text Preview
DRAF
21 FEBRUARI 2011

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2011
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

2011 © HAKCIPTA KERAJAAN MALAYSIA

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2011 A. ARAHAN AM KEPADA PENGETUA/GURU BESAR 1. Pengetua/Guru Besar hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2011 kepada semua calon. 2. Pengetua/Guru Besar hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2011 sebelum peperiksaan. 3. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas soalan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa. 4. Pengetua/Guru Besar hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis dan Peraturan dan Panduan Peperiksaan UPSR. B. ARAHAN AM KEPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN 1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2011 mendapat perhatian calon. 2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas soalan. 3. Ketua Pengawas Peperiksaan mengedarkan kertas soalan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2011. 4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas soalan dengan muka hadapan kertas soalan di sebelah atas. 5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas soalan bagi memastikan calon mendapat kertas soalan yang betul. 6. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas jawapan mengikut keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas soalan. 7. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan. 8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang LP/Am 29 akur dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas soalan. 9. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.

2

C. ARAHAN KEPADA CALON 1. ARAHAN AM 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas soalan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas soalan bertulis sama ada kertas soalan objektif aneka pilihan atau kertas soalan subjektif akan dianggap tidak hadir mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki sesuatu kertas soalan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2011. 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Calon sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/Guru Besar sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. 2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan. 2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Pengetua/Guru Besar. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan. 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.

3. ARAHAN TENTANG KERTAS SOALAN 3.1 Calon...
tracking img