Isu Kenaikan Harga Minyak Di Malaysia

Only available on StudyMode
  • Pages: 14 (4125 words)
  • Download(s): 1928
  • Published: November 23, 2010
Read full document
Text Preview
A. PENGENALAN : FAKTOR PERMINTAAN (POLISI KERAJAAN) MEMPENGARUHI KENAIKAN HARGA MINYAK DAN GAS

Harga minyak dah naik! Itulah luahan rasa kecewa seorang rakyat yang mewakili jutaan rakyat Malaysia yang lain. Kenaikan harga minyak dan gas bukan sahaja berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia. Tanpa minyak kenderaan tidak boleh bergerak dan tanpa gas suri rumah dan peniaga tidak dapat memasak. Sektor industri juga turut menerima tempias apabila harga minyak naik. Kenaikan harga minyak memberi kesan terhadap peningkatan kepada kos pengangkutan seperti darat, udara dan air. Perkara ini secara langsung akan menyebabkan kos operasi meningkat (Unit Perancang Ekonomi et al., 2005). Kenaikan tersebut ternyata memberi kesan kepada pengguna. Ini kerana kenaikan harga minyak dan gas akan membawa masalah lain pula seperti kenaikan harga barang, harga perkhidmatan dan sebagainya (Azrina, 2008). Ini disebabkan peniaga yang menghadapi peningkatan kos operasi akan terus menaikkan harga barang-barang kerana tidak mahu terbeban dengan peningkatan kos tersebut (Unit Perancang Ekonomi et al., 2005).

Lazimnya, apabila harga sesuatu barang menjadi lebih mahal, pengguna mungkin akan berubah kepada alternatif yang lain (Frank & Bernanke, 2007). Akan tetapi bagi kes minyak, pengguna tidak mempunyai alternatif lain selain daripada menggunakan petrol sebagai bahan bakar. Faktor permintaan yang terlibat dalam isu kenaikan minyak dan gas ialah polisi kerajaan dimana kerajaan memberi subsidi ke atas harga minyak dan gas kepada rakyat dan sektor industri.

Menurut Kamus Dewan (1994), subsidi bermaksud bantuan berupa wang atau kebendaan selalunya daripada kerajaan yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu.

Subsidi jika dikaitkan dengan minyak adalah suatu bentuk bantuan kewangan (financial assistance), yang biasanya dibuat oleh pemerintah untuk menjaga kestabilan harga, menggalakkan aktiviti perdagangan dan perekonomian, serta menjana perkembangan kegiatan perniagaan. Subsidi pada pandangan rakyat merupakan satu kelonggaran dalam bentuk kemudahan yang diberikan oleh kerajaan sebagai hak untuk mereka (Ekma Faroza, 2010).

Sebelum kenaikan harga minyak pada 5 Jun 2008, rakyat hanya perlu membayar harga minyak RON 97 sebanyak RM1.92 seliter bagi Semenanjung Malaysia dan RM 1.90 dan RM1.91 bagi Sabah dan Sarawak (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, 2009). Harga ini adalah di antara yang terendah di dunia. Jika dibandingkan dengan Singapura dan Jepun, harga yang dibayar oleh rakyat negara ini bagi setiap liter minyak adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara tersebut. Harga minyak di Malaysia adalah rendah selama ini disebabkan kerajaan telah menetapkan dasar untuk memberi subsidi ke atas harga minyak dan gas (Unit Perancang Ekonomi, 2008).

B. IDEA DAN ANDAIAN
i. Kemungkinan kenaikan harga gas dan minyak disebabkan oleh penurunan kadar subsidi yang diberi oleh kerajaan. ii. Kemungkinan kenaikan harga gas dan minyak disebabkan oleh peningkatan harga minyak di pasaran. iii. Kemungkinan kenaikan harga minyak dan gas disebabkan oleh kerajaan ingin mengurangkan bebanan tanggungan subsidi yang semakin meningkat. iv. Kemungkinan kenaikan harga gas dan minyak disebabkan oleh sumber-sumber yang terhad dan tiada alternatif lain bagi menggantikan gas dan minyak sebagai bahan bakar.

C. ISU-ISU YANG DAPAT DIPELAJARI

i. Apakah kesan-kesan penurunan kadar subsidi minyak dan gas ke atas rakyat dan industri? ii. Bagaimana peningkatan harga minyak dan gas di pasaran boleh mempengaruhi kenaikan harga minyak di Malaysia. iii. Apakah kesannya terhadap rakyat dan negara jika kerajaan terus menanggung subsidi dalam jumlah yang besar? iv. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi mengurus sumber yang terhad ini dan mencari alternatif lain selain daripada minyak dan gas sebagai bahan bakar?

D. TINDAKAN

i. Mencari maklumat melalui internet dan surat...
tracking img