Human Resource

Only available on StudyMode
  • Pages : 21 (4539 words )
  • Download(s) : 34
  • Published : April 17, 2011
Open Document
Text Preview
1. PENGENALAN
Persoalan mengenai bagaimanakah pengurusan sumber manusia dapat membantu sesebuah organisasi itu untuk mencapai matlamatnya boleh dipertikaikan dengan mempraktikkan kesemua aspek dalam pengurusan sumber manusia.

Antara aspek-aspek yang boleh dipraktikkan adalah seperti:- (i ). Mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan supaya organisasi dapat menjalankan operasinya dengan adil dan tidak tersilap langkah; (ii). Menggunakan pengurusan sumber manusia secara teliti dan mempraktikkannya dalam menjayakan matlamat organisasi; (iii). Mengenalpasti secara mendalam tentang deskripsi dan spesifikasi pekerjaan dari pandangan organisasi serta pekerja untuk mengelakkan sebarang kekaburan daripada berlaku; (iv). Menjalankan proses pengrekrutan dan proses pemilihan pekerja supaya pekerja-pekerja yang berkualiti dan berkelayakan tinggi dapat membantu organisasi mencapai matlamatnya; (v). Betapa pentingnya proses sosialisasi, orientasi, dan pembangunan pekerja dalam pengembangan sesebuah organisasi; (vi). Meneliti bagaimana impak pembangunan kerjaya terhadap pencapaian matlamat sesebuah organisasi; (vii). Kepentingan penilaian prestasi pekerja seperti pengurusan pampasan dan faedah dalam organisasi; (viii). Kepentingan perhubungan industri dalam mewujudkan hubungan yang harmoni di antara persekitaran dan organisasi; (ix). Aspek kesihatan dan keselamatan dan bagaimanakah ia dapat membantu organisasi dalam usaha untuk mencapai matlamatnya; (x). Pengurusan sumber manusia antarabangsa dalam hubungan yang dijalankan dalam memastikan kesesuaian pekerja-pekerja asing atau pekerja mereka dalam negara atau negara luar dan antarabangsa; (xi). Kepentingan latihan dan pembangunan dan bagaimanakah ia mempengaruhi keberkesanan sesebuah organisasi untuk mencapai matlamatnya.

1.1: ASPEK PERUNDANGAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Pengurus Pengurusan Sumber Manusia (PSM) perlulah tahu tentang undang-undang dalam sesebuah negara secara implikasinya supaya dapat memastikan bahawa operasi organisasi mematuhi peruntukan dalam undang-undang serta dapat memahami akta-akta yang tertera dalam undang-undang.

Implikasi undang-undang terhadap Pengurusan Sumber Manusia adalah seperti berikut:- (i). Dari aspek pengurusan: - Pengurus yang pakar dalam undang-undang boleh mengetahui selok-belok perniagaan dan tidak akan tersilap langkah; (ii). Dari aspek pekerja: - Dapat meningkatkan motivasi dan semangat pekerja; - Selain daripada itu, juga dapat membela pekerja daripada ditindas oleh majikan atau organisasi; - Dapat menyelesaikan masalah yang timbul dalam organisasi secara adil.

(iii). Dari aspek organisasi: - Organisasi dapat meningkatkan imej dan nama baik mereka;
- Organisasi yang berpegang kuat kepada undang-undang akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan dunia; - Dapat memastikan bahawa operasi organisasi dijalankan mengikut undang-undang. Antara undang-undang yang dititikberatkan oleh sesebuah organisasi di Malaysia ialah undang-undang Pekerjaan. Undang-undang Pekerjaan merupakan salah satu undang-undang yang penting untuk mengawal sumber manusia dalam sesuatu organisasi.

Tujuannya adalah untuk mentadbir dan mengawasi perkara yang berkaitan dengan pekerjaan, yang melibatkan hubungan antara pelbagai pihak terutamanya di antara pihak pengurusan dengan pekerja. Undang-undang Pekerjaan di Malaysia

• Akta berkaitan dengan pekerjaan
(i). Akta Kerja 1955:-
- Berkaitan dengan pekerjaan yang dilakukan oleh rakyat di Malaysia; -...
tracking img