Hubungan Etnik

Only available on StudyMode
  • Pages : 24 (6952 words )
  • Download(s) : 1300
  • Published : March 3, 2011
Open Document
Text Preview
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kami berjaya menyempurnakan kajian akademik ini tepat pada masa yang telah ditetapkan. Sesungguhnya, tanpa sokongan, bimbingan, dan tunjuk ajar daripada beberapa individu penting sebagaimana yang tercatat di bawah ini, sudah tentu ruang lingkup kajian akademik ini akan terbatas dan tidak memenuhi kriteria sebagaimana yang dihajatkan.

Pertama sekali, kami ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Profesor Madya Baharuddin Sayin, Pensyarah Mata Pelajaran Hubungan Etnik (CTU 553) Universiti Teknologi MARA Shah Alam kerana bimbingan dan teguran beliau yang sangat berharga semasa membuat kajian ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk Encik Md. Fuad bin Othman A.M.N., bekas Timbalan Ketua Sektor Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang kini menjawat jawatan sebagai pensyarah sambilan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang telah banyak memberikan idea dan nasihat serta mengizinkan kami untuk menggunakan buku-buku akademik koleksi peribadi beliau yang ternyata telah banyak menyumbang ke arah perlaksanaan kajian ini.

Kami juga terhutang budi kepada seluruh staf Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) 1 & 2 UiTM atas kerjasama yang telah diberikan kepada kami semasa proses pengumpulan bahan rujukan tambahan. Tanpa bantuan mereka, sudah tentu amat sukar bagi kami untuk menyelongkar lautan khazanah ilmu yang terdapat di khutub khanah tersebut.

Pengakhir bicara, kami juga turut merasa bangga dan bertuah atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada seluruh ahli keluarga kami, terutamanya kedua ibu bapa yang telah banyak membantu dari segi kewangan dan logistik sepanjang tempoh lima minggu menjalankan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

MOHD AMIRUL ASHRAF BIN MAZLI
WAN ZAHRUL NAJWA BINTI WAN FAIRUZ

OBJEKTIF KAJIAN
Kertas kerja ini dihasilkan bagi membentangkan dengan terperinci beberapa objektif yang telah digariskan terlebih dahulu. Objektif-objektif tersebut adalah: 1. Membincangkan konsep bangsa Melayu.

2. Memperjelaskan sebab-musabab yang telah mempengaruhi mentaliti sesetengah pihak yang dengan beraninya mendakwa bahawa bangsa Melayu adalah bangsa termalas di Malaysia. 3. Menegaskan betapa dakwaan yang mengatakan bahawa bangsa Melayu di Malaysia adalah bangsa yang paling malas adalah semata-mata propaganda pihak tertentu yang berniat untuk melemahkan bangsa Melayu. 4. Mengenalpasti empat permata bangsa yang secara kritis dan berilmiah telah berjaya menyedarkan bangsa Melayu daripada terus hanyut dibuai mimpi yang tidak berkesudahan.

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian utama yang telah digunakan semasa menyempurnakan kajian Hubungan Etnik (CTU 553) ini adalah:

1. Kaedah Temuramah
Definisi:
Temuramah merupakan salah satu kaedah tinjauan dalam penyelidikan. Ia melibatkan pertemuan pengkaji dengan responden (orang sumber) untuk mendapatkan maklumat. Dalam mendapatkan maklumat, pengkaji mestilah menyediakan satu instrumen (alat kajian). Alat kajian ini terdiri daripada soalan-soalan yang disediakan oleh pengkaji dan diaju serta dijawab secara lisan.

2. Kaedah Analisis Dokumen
Kaedah ini adalah penting untuk membolehkan pelajar melihat dan mengkaji sumber pertama, meyakinkan pelajar tentang ketepatan fakta yang dikemukakan, dapat memahami sesuatu peristiwa dengan lebih bermakna dan dapat meningkatkan kemahiran mentafsir, menganalisis, menilai, membuat perbandingan dan merumus fakta sejarah.

Dokumen-dokumen yang digunakan untuk kajian ini telah diperolehi daripada koleksi persendirian, koleksi perpustakaan dan koleksi artikel daripada Utusan Malaysia Online.

PENDAHULUAN KAJIAN

Polemik yang melanda bangsa Melayu acapkali dibincang dan diperdebatkan samada menerusi media perdana, blog, majalah-majalah ilmiah mahupun di kedai-kedai kopi. Namun, umpama mencurah air ke daun keladi, setiap kali perkara tersebut dibincang atau diperdebatkan, impaknya tetap sama –...
tracking img