Hierarki Kriteria Pemilihan Ke Universiti Oleh Pelajar Pengajian Asas Uniten Menggunakan Model Set Kabur Konjoin

Only available on StudyMode
  • Pages : 16 (3279 words )
  • Download(s) : 1421
  • Published : November 16, 2008
Open Document
Text Preview
HIERARKI KRITERIA PEMILIHAN KE UNIVERSITI OLEH PELAJAR PENGAJIAN ASAS UNITEN MENGGUNAKAN MODEL SET KABUR KONJOIN

Yuzainee Md Yusoff,
Jabatan Sains dan Matematik, Kolej Kejuruteraan,
Universiti Tenaga Nasional,43009 Kajang Selangor Darul Ehsan yuzainee@uniten.edu.my

Norngainy Mohd Tawil
Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan anie@vlsi.eng.ukm.my

Abstrak : Tidak dapat dinafikan bahawa keputusan memilih tempat untuk melanjutkan pelajaran di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan setara dengannya adalah penting memandangkan ianya memberi kesan kepada masa depan mereka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan menganalisa kriteria-kriteria atau faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar pra-universiti, Pengajian Asas Universiti Tenaga Nasional (UNITEN Foundation Program) untuk ke universiti, dan seterusnya menyenaraikan kriteria ini mengikut hirarki keutamaan. Seramai 200 sampel pelajar menjawap soal-selidik dengan memilih kriteria yang mempengaruhi keputusan mereka mengikut tahap keutamaan masing-masing. Hasil kajian mendapati pelajar memilih 9 kriteria utama sebagai faktor pemilihan ke universiti. Kriteria tersebut terdiri daripada yuran pengajian, lokasi universiti, Kualiti program yang ditawarkan, populariti universiti, mengikuti rakan sepengajian, mengikuti pilihan ibubapa, syarat kemasukan, kewibawaan dan prasarana universiti. Data-data yang diperolehi dianalisa menggunakan kaedah Model Set Kabur Konjoin.

Kata kunci : Model Set Kabur Konjoin, hierarki keutamaan dan kriteria pemilihan ke universiti.

1 Pengenalan

Apabila pelajar tamat pengajian di sekolah menengah, mereka mula memikirkan masa depan mereka. Sebahagian daripada pelajar ingin meletakkan diri mereka sebagai seorang yang berjasa kepada keluarga,bangsa, agama dan negara. Langkah permulaan yang baik untuk berjaya di masa hadapan adalah mendapat tempat pengajian di universiti. Pelajar sebenarnya sedang mencari identiti dan kerjaya yang bakal diceburi. Adalah amat penting bagi pelajar untuk membuat pilihan ke universiti agar mereka tidak kecundang dalam mengejar cita-cita mereka. Pelajar perlu menimbangkan kriteria-kriteria penting bagi membantu mereka untuk mendapatkan tempat di universiti yang dipilih bersesuaian dengan minat dan kehendak kerjaya yang akan mereka ceburi. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar ke sesebuah universiti bagi melanjutkan pelajaran mereka.

Pembangunan yang pesat dalam negara ini turut mempengaruhi perkembangan pendidikan negara. Pelajar cemerlang bertambah setiap tahun menjadikan persaingan untuk mendapat tempat di universiti semakin tinggi. Bukan senang untuk membuat keputusan memilih sesebuah universiti bagi meneruskan perjalanan pendidikan seseorang pelajar, memandangkan pelajar turut perlu memikirkan akibat dan cabaran yang perlu mereka hadapi semasa pengajian di universiti. Pelajar perlu membuat penelitian yang baik dengan sebab musabab yang munasabah dan bersesuai dengan diri mereka sendiri. Misalnya, jika memilih universiti yang popular berkemungkinan mendapat saingan hebat dan mungkin juga menjejas peluang pelajar bagi mendapat tempat di universiti berkenaan. Jika memilih universiti yang lokasinya terletak berjauhan keluarga mungkin menyusahkan mereka untuk pulang ke kampung menziarahi keluarga. Pemilihan universiti amat berkait rapat dengan kursus yang akan diikuti oleh pelajar bagi mencapai cita-cita mereka. Untuk itu mereka perlu memikirkan syarat-syarat kemasukan bagi membolehkan mereka mendapat kursus atau program yang mereka impikan. Keadaan kewangan turut memberi kesan kepada pemilihan mereka terhadap sesebuah universiti. Pelajar tidak boleh terburu-buru membuat keputusan agar apa yang dihajati dapat dicapai dengan mudah tanpa menyesal di kemudian hari.

2 Kursus Pra- Universiti

Pada tahun 1974 Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan...
tracking img