Golongan Muda Mat Rempit

Only available on StudyMode
  • Pages : 13 (4509 words )
  • Download(s) : 167
  • Published : February 27, 2011
Open Document
Text Preview
JILID 5, BILANGAN 1, 1 - 10, 2010. ISBN: 1823-884x

GOLONGAN MUDA MAT REMPIT: SUATU EKSPRESI SUB BUDAYA (Activities and Social Expressions of a Mat Rempit Youth Group: A Sub-cultural Study) Rokiah Ismail, Muhamad Fuad Abdul Karim & Zaidah Mustapha ABSTRAK Kajian ini membincangkan fenomena Mat Rempit dari sudut aktiviti dan sub-budaya yang diamalkan oleh segolongan anak muda di Kuala Lumpur. Permasalahan kajian memfokus kepada aktiviti dan ekspresi sub-budaya Mat Rempit bukan sahaja daripada aktiviti berlumba haram, bahkan juga aktiviti yang berkaitan dengannya seperti berhibur melalui muzik, mencuri motosikal dan mengambil dadah. Pengkaji telah memilih 45 orang responden menggunakan kaedah pesampelan bertujuan dalam satu kerja lapangan yang dijalankan dari Januari hingga November 2007. Responden yang dipilih adalah Mat Rempit di Kuala Lumpur berusia antara 17 hingga 26 tahun. Seramai 7 orang responden telah ditemubual secara mendalam. Kajian bertujuan memperihal aktiviti Mat Rempit dan mengenal pasti elemen-elemen khusus dalam sub-budaya yang diamalkan oleh mereka. Kajian turut melihat ekspresi sosial golongan Mat Rempit melalui aktiviti serta sub-budaya mereka yang melibatkan penggunaan ruang fizikal dan sosial serta peluang untuk menjalankan aktiviti dan membangunkan sub-budaya mereka. Kajian mendapati sub-budaya yang terhasil merupakan suatu reaksi dan penyelesaian berbentuk kolektif golongan Mat Rempit terhadap budaya masyarakat konvensional yang dipersepsikan membatas kehendak dan keinginan orang muda seperti terpancar melalui pelbagai aktiviti dan sub-budaya khusus mereka, dan pada masa sama cenderung mempermasalahkan penggunaan masa lapang mereka. Kata kunci: Mat Rempit, lumba haram, sub-budaya, penyelesaian kolektif, transformasi sosial. ABSTRACT The research discusses the activities and sub-culture of a Mat Rempit group (outlaw bikers) in Kuala Lumpur. The research problem focuses on the sub-cultural activities and social expressions of specific norms and values of the group not only through motorcycle racing but also through other related activities such as their involvement in music, motorcycle thefts and drugs. Forty-five youths in Kuala Lumpur aged between 17 and 26 were selected using the purposive sampling method, and 7 of them were chosen for in-depth interviews which were conducted from Januari until November 2007. The research aims to describe the Mat Rempit group activities and examine the specific elements existing within their sub-culture and the various social expressions of Mat Rempit group who were involved in using the social and physical spaces as well as the available opportunities to carry out their specific activities and sub-culture. The research shows that amidst the various social transformations that are taking place within the society today, the Mat Rempit sub-culture is a form of social reaction and collective solution of the youths to the conventional norms and values which are perceived to limit their social activities. Mat Rempit activities and sub-culture are indirectly the group’s expression of life experiences and, more often than not, their leisure activities are seen by the public as socially problematic. Key words: outlaw bikers, illegal racing, subculture, collective solution, social transformation.

1

PENGENALAN Menunggang motosikal bagi sesetengah orang merupakan aktiviti rekreasi. Namun kini aktiviti menunggang motosikal telah menjadi suatu sub-budaya devian bagi sesetengah yang lain. Penunggang-penunggang motosikal membentuk kumpulan, kelab dan persatuanpersatuan berasaskan minat dan kesukaan. Dalam hal ini pengkaji-pengkaji telah mengenalpasti wujudnya kelab motosikal yang dibahagikan kepada kelab konvensional dan devian (Barker, 2005; Barker & Human, 2009). Di Amerika Syarikat terdapat kelab atau geng motosikal yang dikenali sebagai the Big Four iaitu, Hell Angels, Outlaws, Bandidos dan Pagan yang dikatakan sebagai kelab One Percenters yang paling besar dan kekal...
tracking img