Globalisasi

Only available on StudyMode
  • Pages : 5 (1537 words )
  • Download(s) : 1898
  • Published : November 8, 2010
Open Document
Text Preview
PENGENALAN
Sejak kurun ke-19, isu globalisasi menjadi topik yang hangat dibincangkan. Hal ini memberi peluang kepada negara-negara membangun untuk meningkatkan taraf hidup dan mengaut kelebihan daripada proses globalisasi ini. Selain itu, ianya mampu untuk membentuk kerajaan dunia yang dapat mencipta satu suasana interaksi antara negara yang baru dan lebih baik. Terdapat pelbagai penerangan untuk menjelaskan apakah globalisasi, namun dari sudut hubungan antarabangsa, terdapat tiga perspektif yang dapat menghuraikan konsep globalisasi ini. Secara amnya, globalisasi boleh dianalisa melalui aspek budaya, ekonomi dan politik. Dari sudut perspektif realism, mereka melihat globalisasi adalah proses untuk meningkatkan kepentingan nasional dan seterusnya membantu untuk meluaskan lagi kuasa yang ada. Sebagai contoh, pada kurun ke-19, British telah mengunakan peluang globalisasi ini sebagai alat untuk mendapatkan gelaran kuasa hegemoni pada masa itu. Liberalisme melihat globalisasi dari sudut kebajikan ekonomi dan kebebasan politik. Menurut pandangan ini, kuasa pasaran dan usaha untuk mencapai demokrasi dan hak asasi manusia adalah merupakan langkah utama untuk mengecapi suasana global yang bersifat harmoni. Perspektif Marxism menjelaskan globalisasi adalah perkembangan sejarah kapitalis iaitu pada kurun ke-19, Karl Marx telah menjangkakan bahawa modal “mampu menguasai keseluruhan bumi untuk tujuan pasarannya”. Aliran ini melihat, sistem kapitalis boleh diperluaskan lagi melalui globalisasi. Globalisasi mempunyai banyak kebaikan dan keburukan tersendiri yang boleh memberi impak kepada negara, serta dunia secara global. Kedua-dua aspek ini dapat dijelaskan lagi melalui isu negara membangun dan negara mundur seperti negara-negara dunia ke-3. KEBAIKAN

Menurut perspektif liberal, kebanyakan negara dunia ke-3 adalah merupakan jajahan negara-negara eropah. Penyahjajahan telah bermula pada sekitar tahun 1950an dan merupakan permulaan untuk kajian pembangunan. Pada masa itu negara-negara Afrika dan Asia menjadi ahli bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyuarakan kehendak mereka untuk memberi perhatian penuh terhadap pembangunan negara mereka. Kajian pembangunan tersebut khususnya di barat, telah dianjurkan oleh ekonomi liberal. Sumbangan mereka diberi nama “teori modenisasi” dan ini adalah ide asas teori pembangunan liberal yang mana negara-negara dunia ketiga perlu mengikut jejak langkah proses pembangunan negara yang terdahulu membangun di barat, iaitu proses pembangunan secara berperingkat di dahului dengan tradisional, pra-perindustrian, pertanian moden, perindustrian, tahap kepenggunaan yang meningkat . Pembangunan bermaksud, mengatasi atau menghindari halangan kepada pengeluaran, institusi yang mundur, sistem nilai yang rendah di mana boleh menghalang proses pertumbuhan dan modenisasi. Terdapat banyak kelebihan dan kebaikan yang boleh didapati daripada teori ini. Sebagai contoh, pengeluaran produk kini semakin cepat dan mudah untuk dieksport. Selain itu, kebergantungan ekonomi antara negara dapat mengelakkan tercetusnya perang. Perdagangan bebas, media global, cetusan pendapat secara bebas, komunikasi yang mudah, persekitaran yang baik, kesemua perkara ini adalah kearah globalisasi. Sekiranya perkara-perkara tersebut berlanjutan yang mana semua individu bekerjasama, matlamat untuk mencapai dunia globalisasi ini akan tercapai. Pada sekitar tahun 1960 dan 1970, pemikir liberal memfokuskan kepada kritikan terhadap isu pembangunan yang kurang dijalankan di negara-negara dunia ke-3 pada masa itu. Proses modenisasi meningkatkan teknologi dan kaedah yang lebih berkesan dalam menghasilkan barangan dan menguasai seluruh teknologi di dunia. KEBURUKAN

Bedasarkan pandangan Marxist, ia lebih memfokuskan hubungan di antara negara kaya iaitu negara core dan negara miskin yang dinamakan peripheri. Pendekatan yang digunakan oleh Marxist ini dikenali sebagai “Dependency Theory”. Teori ini dipetik dari Marxist klasik namun ianya...
tracking img