Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Continues for 3 more pages »
Read full document

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

By | March 2011
Page 1 of 4
falsafah Pendidikan Kebangsaan telah menjadi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan pada tahun 1988 telah menjadi pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara berdasarkan dua ayat panjang yang berikut: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara," Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai yang murni seperti kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk mencapai kemajuan negara serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat harmonis yang berbilang kaum. Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dirancang bertujuan mencerminkan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara ini. Sekiranya kita membuat perbandingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan falsafah-falsafah pendidikan yang lain, sama ada di negara Barat, Timur mahupun falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan suatu falsafah pendidikan yang mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada unsur-unsur yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai kaitan erat dengan falsafah-falsafah pendidikan Barat, Timur dan juga falsafah pendidikan Islam. Secara keseluruhannya, Falsafah...

Rate this document

What do you think about the quality of this document?

Share this document

Let your classmates know about this document and more at Studymode.com