Falsafah Pendidikan

Only available on StudyMode
  • Pages : 2 (538 words )
  • Download(s) : 701
  • Published : March 12, 2011
Open Document
Text Preview
2.1 PENDAHULUAN

Falsafah pendidikan sangat penting untuk menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di sesebuah negara. Di Malaysia, dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sistem pendidikan negara dapat menjelaskan prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia. Falsafah dari segi estimologi bermaksud cinta kepada pengentahuan atau hikmah. Banyak pandangan – pandangan yang diutarakan oleh ahli falsafah serata dunia tentang falsafah. Menurut pendapat Plato (427-347SM), falsafah ialah usaha mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Secara praktikalnya, falsafah ialah berfikir secara radikal dan sejagat yang bermaksud merangkumi segalanya dan tidak terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Disamping itu juga, falsafah atau ‘philosophy’ menurut New Standard Encylopedia boleh diertikan sebagai satu pencarian manusia untuk memahami dunia dan masyarakat sekeliling untuk menerapkan pemahaman ini dengan pelaksanaan dalam hak hidup. Pengajian falsafah secara umumnya, merangkumi cabang-cabang falsafah, iaitu metafizik, epistemologi, logik dan aksiologi. Metafizik atau ontologi, menumpukan perhatian terhadap kajian kewujudkan alam asli keabadian manusia, dan Tuhan manakala logik pula kajian memebezakan yang sah dan mengelirukan. Epistemologi ialah ilmu falsafah yang menumpukan kajian terhadap bagaimana ilmu diperolehi, dan bagaimana diuji dan disahkannya. Manakala, aksiologi merupakan falsafah moral, nilai murni dan estetika. Menurut professor Philip Gurrey, pendidikan adalah proses mengeluarkan manusia – manusia yang mempunyai kebudayaan dan pengentahuan yang luas yang menggali dan mengambil segala pengentahuan yang luas. Jadi, kita dapat simpulkan disini, falsafah pendidikan ialah suatu kepercayaan dan prinsip yang dirangka yang membincangkan dan memperihalkan tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menerapkan...
tracking img