Example of Mc Text

Only available on StudyMode
  • Pages : 3 (1000 words )
  • Download(s) : 1174
  • Published : April 7, 2011
Open Document
Text Preview
Mengumumkan ketibaan yang berbahagia, Prof. Soveyor Insenior Dr. Hj. Suhaimi Abdul Talib, Penolong Naib Canselor UiTM, Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana, Encik Adnan Omar, Timbalan Pengarah Kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana, Encik Erman Mahram, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Prof. Madya Dr. Hj. Muhamad Rahimi Osman, Pengarah Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam UiTM, Tuan haji Bahman Jamaluddin, Pengetua Kolej Jasmine, Encik Azmi Katimin, Pengerusi Aqsa Shariff Subang Jaya, yang diraikan kumpulan Raihan dan Abdul Ghafar Ibrahim, barisan Timbalan Pengarah dan Koordinator Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam @ CiTU, barisan pensyarah UiTM, barisan Pegawai Pembangunan Pelajar dan staf kolej Jasmine serta hadirin dan hadirat sekalian. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin dan hadirat sekalian diatas kesudian memeriahkan Malam Seindah Kita Impian Palestin. Seterusnya, kita akan mulakan majlis dengan bacaan ayat suci Al-Quran dari saudari Ummi Kalsom dengan bacaan Surah Qaf, Ayat 13 agar memberkati majlis kita pada malam ini. Majlis dipersilakan. Amin Amin Amin Ya Rabhal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudari Ummi Kalsom di atas bacaan merdu ayat Al-Quran sebentar tadi. Buat pengetahuan hadirin dan hadirat sekalian, saudari ummi Kalsom merupakan Johan bagi pertandingan Nur Al-Quran peringkat Kolej Jasmine.

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis diteruskan lagi dengan ucapan dari pengarah program Malam Seindah Kita, Impian Palestin. Dipersilakan Saudara Abdul Rahman Bin Zolkifle naik ke pentas untuk ucapan ringkasnya. Dipersilakan. Terima kasih kepada saudara Abdul Rahman diatas ucapannya sebentar tadi. Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput Prof. Madya Dr. Hj. Muhamad Rahimi Osman, Pengarah Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam UiTM bagi memberi sedikit ucapan alu-aluan beliau. Majlis mempersilakan. Ribuan terima kasih diatas ucapan alu-aluan Prof sebentar tadi. Kini, majlis dengan berbesar hati...
tracking img