Ethnomusicology

Only available on StudyMode
  • Pages : 17 (4461 words )
  • Download(s) : 30
  • Published : January 25, 2011
Open Document
Text Preview
BAB 2

Berikan teori berkaitan dengan penyelidikan ethnomusicology dari sudut kaedah penyelidikan kajian lapangan dan teori muzik yang digunakan.

Dalam bab ini, perbincangan awal akan menyentuh tentang konsep ethnomusicology yang mula diperkenalkan oleh Jaap Kunst serta pandangan-pandangan umum terhadap ethnomusicology. Perbincangan seterusnya kemudiannya membincangkan mengenai lapangan kajian bagi penyelidikan ethnomusicology. Di bawah kajian lapangan bagi ethnomusicology kemudinnya diberikan satu contoh kajian mengenai wayang kulit ( wayang kulit merupakan sejenis muzik non-western yang sering menjadi tumpuan dalam penyelidikan ethnomusicology) di Asia khususnya Malaysia. Perbincangan terhadap lapangan kajian dari sudut teori dan perbincangan sejarah kemudiannya dibincangkan dengan memberikan contoh kajian (wayang kulit) yang merujuk kepada bahagian masing-masing.

Muzik merupakan satu aspek fundamental dalam kehidupan seharian manusia. Manusia menghasilkan muzik dengan pelbagai cara dan dimainkan dalam keadaan-keadaan tertentu. Penggubahan muzik mempunyai kesan yang berbeza-beza dalam setiap keadaan. Sebagai contohnya muzik yang rancak menggambarkan kegembiraan dan muzik yang sayu menggambarkan kesedihan. Demikian jugalah dengan alat-alat muzik yang digunakan mampu mencetuskan perasaan yang berbeza-beza bergantung kepada keadaan. Setiap nada yang dicetuskan mempunyai tujuan dan maksudnya yang tersendiri. Dalam setiap populasi etnik yang berbeza mempunyai cara masing-masing yang unik dalam menghasilkan dan menghayati muzik. Setiap daripada muzik yang dimainkan mempunyai ritma dan nada yang berlainan dan membawa kepada maksud yang tertentu dalam setiap etnik. Ethnomusicology merupakan satu bidang yang mengkaji pengalaman dan pengaruh muzik dalam kehidupan manusia dalam etnik yang berbeza khususnya dalam masyarakat tempatan (non-western).

Ethnomuscicology merupakan salah satu cabang musicology yang mana ianya boleh didefinasikan secara umum sebagai satu kajian terhadap muzik di dalam aspek budaya dan sosial dalam konteks masyarakat tempatan dan global. Istilah ethnomusicology ini telah diperkenalkan oleh Jaap Kunst pada tahun 1950. Beliau telah menggunakan perkataan Greek iaitu ‘ethnos’ yang membawa maksud bangsa dan ‘mousike’ yang membawa maksud muzik. Penggabungan kedua-dua perkataan Greek ini telah membawa kepada istilah ‘ethno-musicology’. Kemunculan istilah ethnomusicology yang diperkenalkan oleh Jaap Kunst ini didorong oleh minatnya yang mendalam terhadap muzik Indonesia sehinggalah beliau telah menetapkan satu aliran disiplin baru yang bertujuan untuk mengkaji jenis-jenis muzik tradisional yang melambangkan kebudayaan (dalam seni muzik) masyarakat tempatan (non-western). Terdapat kesukaran untuk menentukan jenis-jenis muzik yang boleh dikaji secara jelas dalam ruang lingkup ethnomusicology kerana definisinya yang bersifat terlalu meluas dan abstrak. Pengelasan jenis muzik yang boleh dimasukkan dalam ethnomusicology ini menjadi semakin meluas apabila beberapa tokoh mengemukakan cadangan bahawa ethnomusicology sebenarnya merupakan satu bidang disiplin yang mengkaji apa sahaja bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh manusia.

Banyak transformasi telah dilakukan terhadap kategori bagi kaedah lapangan yang dikaji dalam ethnomusicology demi untuk mendapatkan pengertiannya yang sebenar (terutamanya berkenaan dengan skop kajian lapangan) berkenaan dengan aspek-aspek berkaitan muzik yang boleh dikaji dalam ethnomusicology. Keadaan ini menyebabkan kemunculan lebih banyak pandangan yang bersifat holistik terhadap istilah dan kajian lapangan dalam ethnomusicology.

Menurut George List, ethnomusicology merupakan bidang yang mengkaji struktur bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh manusia dalam sesuatu etnik. Ini termasuklah kajian terhadap lirik lagu yang dinyanyikan, alat-alat muzik yang digunakan dan aktiviti-aktiviti kinetik yang dilakukan seiring dengan penghasilan muzik. Kajian terhadap...
tracking img