Essay

Only available on StudyMode
  • Pages : 66 (11378 words )
  • Download(s) : 813
  • Published : October 1, 2010
Open Document
Text Preview
Euthanasia Pendahuluan

Universiti Tunku Abdul Rahman

Perkataan “euthanasia” berasal daripada bahasa Yunani eu (Baik) dan thanatos (Mati), yang digabungkan menjadi mati dengan baik. Dengan kata lain, euthanasia membawa maksud tindakan menamatkan hidup seseorang dengan sengaja kerana seseorang tidak dapat menahan kesakitan yang dibawa oleh penyakit atau seseorang tidak dapat diubati dengan perubatan yang sedia ada. Selain itu, euthanasia juga bermakna kematian dengan aman tanpa kesakitan. Euthanasia boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu voluntary euthanasia, non-voluntary euthanasia, involuntary euthanasia, euthanasia aktif, dan euthanasia pasif. Pada masa kini, hanya beberapa negara yang membenarkan perlaksanaan euthanasia, iaitu Holland, Belgium dan negeri Oregan serta negeri Washington di Amerika Syarikat. Euthanasia tidak dapat dilaksanakan di seluruh dunia kerana perbuatan tersebut boleh membangkitkan persoalan moral, dan bertentangan dengan ajaran agama serta undang-undang yang sedia ada

Secara umum, euthanasia hanya dapat dilaksanakan di tempat-tempat yang meluluskannya sekiranya mendapat permintaan daripada pesakit yang nazak (voluntary euthanasia). Dalam kes koma, sesetengah keluarga pesakit akan membuat permohonan untuk melaksanakan euthanasia ke atas pesakit supaya kematiannya boleh dipercepatkan (Nonvoluntary euthanasia). Euthanasia boleh dilaksanakan dengan menyuntik ubat-ubatan yang membawa mautan (euthanasia aktif) atau dengan menghentikan bekalan ubatan, keperluan asas dan langkah-langkah yang diperlukan untuk melanjutkan hidup pesakit (euthanasia pasif).1 Perlaksanaan euthanasia untuk menamatkan hidup seseorang yang tidak mempunyai harapan untuk sembuh telah membangkitkan pelbagai soalan moral dalam masyarakat. Isu ini

1

Mohd Ilham Ismail, (23 Mac 2005), Konsep Otak Mati dan Euthanasia, http://members.tripod.com/tibbians/ilham.pdf (30 Januari 2009)

Pr e

vi

ew

di negara masing-masing.

O nl

y

1

Euthanasia

Universiti Tunku Abdul Rahman

melibatkan pelbagai perspektif yang mempunyai idea yang berbeza. Daripada perspektif pesakit, kadang-kala penyakit yang dihidapi akan membawa pelbagai kesakitan dan penderitaan yang tidak dapat ditanggung oleh pesakit. Sebab itu, kebanyakan pesakit yang masih bersedar mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk berputus asa dan memilih untuk menamatkan hidupnya tanpa kesakitan. Akan tetapi, ahli keluarga pesakit boleh menghadapi dilemma dalam membuat keputusan jika pesakit tersebut berada dalam keadaan koma. Dengan melaksanakan euthanasia, kos perubatan yang ditanggung oleh ahli keluarga dapat diringankan tetapi pada masa yang sama, adakah itu pilihan yang diingini oleh pesakit untuk menamatkan hidupnya? Dalam proses membuat keputusan, ahli keluarga juga akan menghadapi tekanan daripada pelbagai aspek, termasuk masyarakat, diri sendiri dan lain-lain. Manakala dalam perspektif perubatan, euthanasia membawa alternatif kepada pesakit dan tindakan ini boleh menamatkan hidup seseorang tanpa kesakitan dan menghentikan

masa merekalah yang mengambil keputusan sama ada pesakit berkelayakan untuk menerima euthanasia. Tetapi pada masa yang sama, sebahagian pesakit akan berasa takut sekiranya doktor yang merawatinya berpendapat bahawa pesakit tidak dapat disembuhkan dan doktor akan melaksanakan euthanasia kepadanya. Keyakinan antara pesakit dengan doktor mungkin akan dikurangkan sekiranya euthanasia sentiasa dilaksanakan oleh doktor. Dalam soal agama, kebanyakan agama percaya bahawa hidup seseorang adalah diberikan oleh Tuhan dan manusia tidak menpunyai hak untuk menamatkan hidup. Jelaslah isu euthanasia menerima bantahan yang tegas daripada ahli agama. Oleh itu, perbuatan euthanasia bukan sahaja melibatkan pesakit sahaja tetapi juga melibatkan ahli keluarga, ahli perubatan, isu agama dan lain-lain. Dengan ini, isu euthanasia harus diuruskan secara teliti supaya isu ini tidak menjadi isu perbalahan dalam lapisan masyarakat. 2

Pr e...
tracking img