Early Education

Only available on StudyMode
  • Pages : 16 (4462 words )
  • Download(s) : 79
  • Published : July 15, 2010
Open Document
Text Preview
1.0Pendahuluan
Sebagai seorang guru perlulah mengetahui tentang teori-teori ini untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu sentiasa bersiap-sedia mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan dalam menjalankan tugas. Selain ibu bapa, guru adalah merupakan orang yang paling hampir dengan kanak-kanak, dan perlu di ingat bahawa kanak-kanak adalah merupakan generasi akan datang yang akan menjadi tonggak kepada pembangunan negara dan generasi pewaris bangsa.

Setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain samada mereka mempunyai pelbagai kebolehan ataupun tidak sama sekali. Terdapat pelbagai variasi dalam perbezaan kanak-kanak yang harus menjadi perhatian kepada guru. Perbezaan yang paling ketara ialah perbezaan kebolehan atau kecerdasan, kadar pencapaian, jantina, gaya pembelajaran, dan keetnikan dan budaya. Perbezaan kanak-kanak ialah cara yang stabil, konsisten di mana individu tersebut berbeza daripada satu sama lain (Santrock, 2001:126).

Perbezaan individu telah membawa beberapa kesan sehingga sesetengah kanak-kanak belajar lebih cepat daripada yang lain malah sebahagian kanak-kanak tersebut mendekati tugas pembelajaran secara berbeza, dan bagaimana mereka mengingat maklumat dengan tepat. Mereka juga berkebolehan dalam menghubungkait pelbagai idea, dan mereka juga sanggat kreatif dalam mengaplikasi perkara-perkara yang telah diajar kepada mereka terhadap situasi dan masalah (Ormrod, 1995).

Oleh itu sebagai guru perlu belajar untuk memahami setiap kanak-kanak agar dapat menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam bilik darjah. Guru perlu mengaplikasikan teori-teori yang bersesuaian dalam bilik darjah mengikut keupayaan kanak-kanak untuk memudahkan mereka menerima pembelajaran.

Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada teori pembelajaran behaviorisme, sosial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme berfokus kepada tingkah laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial pula berfokus pada tingkah laku dan pemikiran sementara teori pembelajaran kognitif berfokus pada pemikiran.

2.0Teori dan Aplikasi
2.0.1Teori Perlaziman Operan Skinner
Teori yang pertama di bawah teori pembelajaran behaviorisme ialah Teori Perlaziman Operan Skiner diasaskan oleh Burhrhus Frederic Skinner (1904 – 1990). Beliau telah mendapat ijazah kedoktoran (PhD) pada tahun 1931 dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard dan telah melanjutkan pelajaran ke Thorndike berkenaan dengan kajian perlaziman. Skinner telah menjalankan banyak kajian yang melibatkan tikus, burung merpati dan juga manusia. Buku pertamanya telah dikeluarkan pada tahun 1938 The Behaviour of Organisms yang menghuraikan tentang prinsip-prinsip utama pelaziman operan. Skinner adalah merupakan salah seorang yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan. Pada mulanya, beliau ingin menjadi seorang penulis. Beliau telah meninggal dunia disebabkan penyakit leukemia yang dihidapinya dan sepanjang hidupnya beliau telah berbakti dalam kerja-kerja saintifik. Namun beliau terus menulis sehingga hari kematiannya. Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu bertindak ke atas persekitarannya.  Contohnya, seekor burung yang boleh berkata-kata akan di berikan makanan sekiranya dia boleh menyebut perkataan yang baru dipelajarinya. Begitu juga dengan seorang kanak-kanak yang akan menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka sekiranya dia tahu bahawa dia boleh bermain di padang bersama rakan-rakannya. Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik 'pembentukan' bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada tingkahlaku manusia. Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini sehingga ia...
tracking img