Debt Management -Bm

Only available on StudyMode
  • Pages : 44 (9884 words )
  • Download(s) : 434
  • Published : March 22, 2010
Open Document
Text Preview
ISI KANDUNGAN

1.0PENGENALAN
1.0.1Definasi hutang di dalam Islam
1.0.2Hukum berhutang di dalam Islam
1.0.3 Dalil Hutang dalam Al-Quran dan Al-Hadis

2.0 PENGURUSAN HUTANG DI DALAM ISLAM
2.0.1Amalan kontrak hutang perbankan Islam dimalaysia
a) Pinjaman Rumah
b) Pinjaman Kereta
c) Pinjaman Peribadi
d) Al-Rahnu (Pajak-Gadai)

2.0.2Perlaksanaan & penyelesaian awal hutang :
a) Kredit Kad
b) Rumah

3.0KESIMPULAN
3.0.1Hutang sebagai musibah dan cubaan
3.0.2Rujukan

1.0PENGENALAN

Mengapa anda berhutang ? Perlukah anda berhutang dan apa manfaat yang anda perolehi dari berhutang ? Apa pula risiko dan akibatnya apabila anda berhutang?

Satu perkara yang perlu diketahui oleh setiap muslim tentang hukum agama adalah menyuruh umatnya supaya berlaku jujur dan sederhana dalam semua tindak-tanduk kehidupan seharian mereka.

Dengan kesederhanaan ini, kita akan sentiasa merasa cukup dan bersyukur dengan apa yang ada. Suasana ini akan menghindarkan diri daripada berhutang.

Mengenai permasalahan hutang, Rasulullah SAW tidak suka membiasakan umatnya berhutang. Memandangkan hutang dalam pandangan Islam adalah merupakan kesusahan pada waktu malam dan suatu penghinaan di waktu siang.

Justeru itu, Nabi SAW sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya terhindar dari berhutang.

Islam amat menitik berat masalah hutang dan nilai melaksanakan pembayaran. Ini adalah kerana, orang yang mati meninggalkan hutang akan dibalas pada hari kiamat.

Walau bagaimanapun, Islam masih memberikan ruang dan kelonggaran untuk berhutang khususnya dalam keadaan darurat dan amat memerlukan iaitu dalam masalah yang membawa kebaikan.

Tetapi perlu diingat, di samping Islam memberi kelonggaran, setiap hutang itu wajiblah dijelaskan dan dibayar.

Ingatlah, bahawa kewajipan membayar hutang tidak terlepas sekalipun dengan melaksanakan idabat-ibadat yang besar pahalanya.

Oleh itu, Islam mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap hutang-piutang sehingga orang yang berhutang tidak boleh lari daripada membayarnya. Dalam Hadis oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tiada dinar dan tiada pula dirham.” (Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah).

Berdasarkan hakikat ini, Islam menasihatkan setiap muslim agar menghindarkan diri daripada berhutang, kecuali kerana amat memerlukan. Jika pun terpaksa berhutang, maka dia hendaklah berniat dan berazam untuk membayar hutang berkenaan.

1. Definasi Hutang di dalam Islam

Dari segi bahasa, hutang adalah al-Qath’ (potongan), dan ini adalah asal maknanya. Kemudian istilah ini digunakan dalam jual beli yang terputus, safar rambut dan yang mengharuskan, seperti ungkapan “Dia telah menghutang suatu hutang” bermakna member kebenaran kepadanya seperti meminjam sesuatu pinjaman. Atas dasar ini Abu Darda’ berkata : “Jika engkau meminjamkan kepada manusia, bererti mereka meminjam kepada engkau; jika engkau tinggalkan mereka, mereka tidak meninggalkan engkau; dan jika engkau lari daripada mereka, mereka akan dapat engkau.” (Akad hutang-piutang menurut syariat islam dan undang-undang sivil,2008)

Fuhaqa Islam mengatakan, bahawa hutang itu mempunyai beberapa definasi seperti berikut : a) Mazhab Hanafi – Hutang itu adalah sesuatu yang diberikan oleh suatu pihak dari yang serupa untuk menyempurnakan hajat pihak yang kedua. b) Mazhab Maliki – Hutang ialah orang yang mempunyai modal membayar sebagai ganti yang tidak berbeza baginya, bukan secara segera “ dalam bentuk pemberian” semata-mata. c) Mazhab Hanbali – Hutang adalah pemberian harta kerana sikap lemah-lembut kepada orang yang telah member manfaat kepadanya dan mengembalikan gantinya. d) Mazhab Syafi’i – Hutang itu adalah...
tracking img