Dasar Luar

Only available on StudyMode
  • Pages : 6 (726 words )
  • Download(s) : 606
  • Published : September 21, 2010
Open Document
Text Preview
DASAR LUAR MALAYSIA

← merujuk kepada matlamat, rancangan serta tindakan yang diambil oleh sesebuah Negara dalam berhubungan dengan negara2 lain. ← tujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmoniaan, kesejahteraan ekonomi & lain2 kepentingan.

FAKTOR2 MEMPENGARUHI DASAR LUAR MALAYSIA

1. Persekitaran geostrategik./geografi.
2. Struktur politik negara.
3. Demografi.
4. Keselamatan negara.
5. Faktor sejarah.
6. Faktor Ekonomi.
7. Undang Antarabangsa.
8. Faktor globalisasi.

PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN)

← ASEAN merupakan singkatan ”Association of Southeast Asian Nations” atau “Persatuan Negara-negara Asia Tenggara”. ← ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. ← ASEAN dianggotai oleh 10 buah negara.

← ahli ASEAN :
1. Brunei
2. Filipina
3. Indonesia
4. Kemboja
5. Laos
6. Malaysia
7. Myanmar
8. Singapura
9. Thailand
10. Vietnam.

MATLAMAT PENUBUHAN ASEAN :
← mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman & makmur. ← menggalakkan keamanan & kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. ← memupuk semangat kerjasama dan bantu-membantu dalam bidang pendidikan, profesional, teknikal & pentadbiran.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
(PBB)

← Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentuk di San Francisco, California pada 24 Okt.1945 selepas Perang Dunia II. ← Keahlian terbuka kepada semua negara di seluruh dunia.

MATLAMAT PBB

← untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama. ← menjamin rasa hormat akan undang2 antarabangsa.
← memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

STRUKTUR ORGANISASI PBB

← Piagam PBB memperuntukkan 6 alat utama :
1. Perhimpunan Agung.
2. Majlis Keselamatan.
3. Majlis Ekonomi dan Sosial.
4. Majlis Peramanahan.
5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
6. Sekretatriat

PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC)

← Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC merupakan satu organisasi antarabangsa di kalangan negara-negara Islam.

MATLAMAT OIC

← menggalakkan keeratan antara ahli-ahli negara Islam. ← menyelaras kerjasama antara negara ahli dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, saintifik & bidang2 lain. ← berusaha untuk menghapuskan perbezaaan kaum & diskriminasi. ← untuk menyokong semua Muslim dalam usaha mempertahankan maruah, kebebasan dan hak negara. ← membina jambatan antara jurang perbezaan budaya dunia.

SEJARAH OIC

← ditubuhkan di Maghribi pada 25 Sept 1969 dengan persidangan pertama berlangsung di Rabat pada 22 Sept - 25 Sept. ← terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia - timur tengah, utara Afrika, Asia Tenggara, Eropah & Amerika Selatan.

PERANAN MALAYSIA DALAM OIC

← peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam (IBD). ← menangani masalah yang dihadapi oleh negara Islam : 1. mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan, menyokong perjuangan rakyat Palestin. 2. membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti PETRONAS di Iran. 3. memajukan pendidikan umat Islam - pembukaan UIA. 4. menjadi tuan rumah kepada persidangan OIC - Sidang ke-27 Menteri2 Luar OIC, Sidang Kemuncak ke-10 OIC.

KOMANWEL

← Pertubuhan negara-negara bekas jajahan British.
← Komanwel atau negara-negara Komanwel merupakan suatu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara2 berdaulat yang pernah dijajah oleh British. ← Malaysia menyertai Komanwel pada 1957.

← Ibu...
tracking img