Dasar Koperasi Negara

Only available on StudyMode
  • Pages : 52 (9217 words )
  • Download(s) : 707
  • Published : January 6, 2011
Open Document
Text Preview
Dasar Koperasi Negara

2011-2020

Koperas i

Pe ng ger ak

Ekon om i

R akyat

Dasar Koperasi Negara 2011-2020

Cetakan pertama 2010 Hak cipta SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Semua hak cipta terpelihara. Tiada sebarang bahagian dalam buku ini boleh diterbitkan semula ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara elektronik ataupun mekanik termasuk fotokopi tanpa izin bertulis daripada Penerbit.

Diterbitkan oleh: SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Perpustakaan Negara Malaysia Data – Pengkatalogan – dalam – Penerbitan Cataloging – Publication – Data ISBN 978-967-5962-00-4

Dasar Koperasi Negara 2011-2020

2

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

1 in 3 people 1 in 3 people 9.6 million

Canada Norway China UK India

1 in 4 people

USA

180 million 236 million 5.672 million

1 in 3 people

Honduras Brazil
1 in 5 people

Kenya

6.8 million

Malaysia

Singapore
1.4 million

Argentina
9.1 million

Dasar Koperasi Negara 2011-2020

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

OVER 800 MILLION PEOPLE ARE MEMBERS OF CO-OPERATIVES AROUND THE WORLD

Sumber: International Co-operative Alliance (ICA)

3

Dasar Koperasi Negara 2011-2020

AMANAT
PERDANA MENTERI MALAYSIA Y.A.B. DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Assalamuaikum dan Salam 1Malaysia Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah berjaya menyediakan Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020. Syabas juga saya ucapkan kepada pemimpin, pengurusan, dan ahli koperasi serta juga agensi Kerajaan yang sentiasa berjuang agar gerakan koperasi kekal relevan dalam arus pembangunan negara. Konsep bekerjasama atau berkoperasi telah diterimapakai sejak zaman berzaman lagi oleh masyarakat kita. Selain tujuan utamanya meningkatkan taraf kehidupan ahli-ahlinya, gerakan koperasi turut memainkan peranan dalam agenda pembasmian kemiskinan dan pengagihan kekayaan negara. Gerakan koperasi kini juga memikul tanggungjawab dalam agenda transformasi negara dan perlu membuat perubahan. Koperasi tidak boleh lagi beroperasi secara konventional tetapi perlu lebih kreatif dan berinovasi untuk bersaing dalam dunia perniagaan yang kompetitif. Ahli koperasi yang berjumlah lebih daripada tujuh juta orang, iaitu 25% daripada jumlah penduduk negara ini terdiri daripada pelbagai lapisan dan golongan masyarakat merupakan satu aset penting dalam mencorak masa depan gerakan koperasi dan negara. Ahli adalah tunjang kekukuhan koperasi dan akan menjadi liabiliti jika tidak diurus tadbirkan dengan baik. Penglibatan aktif dan kesetiaan ahli koperasi akan menentukan kejayaan koperasi memandangkan mereka juga adalah pengguna, tenaga kerja dan pemimpin gerakan koperasi.

Dasar yang diketengahkan ini akan memberi nafas baru kepada gerakan koperasi untuk menarik koperasi keluar daripada perangkap kitaran zon selesa ke tahap baru. Koperasi tidak seharusnya mengharapkan pemberian dan anugerah Kerajaan sahaja tetapi berupaya terlibat dengan aktiviti baru dengan skala lebih besar, mengembangkan rantaian nilai, mengaplikasi teknologi moden dan berani menerokai bidang-bidang baru yang bernilai tinggi. Koperasi mesti menyahut cabaran ini dan melakukan perubahan jika ingin kejayaan seterusnya. Kerajaan pula akan terus memberi sokongan dan membantu koperasi dan bersama-sama menjayakan agenda pembangunan negara. Sekian dan Selamat Berjaya. Insya-Allah

1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Dato’ Sri Mohd Najib Julai 2010

4

Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Dasar Koperasi Negara 2011-2020

PERUTUSAN
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN Y.B. DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dapat menyumbang dalam meneruskan Dasar Koperasi Negara yang bermula pada tahun 2002 dan berakhir pada tahun 2010. Dasar ini telah memberi impak yang bermakna dari segi...
tracking img