Dasar Ekonomi Baru

Only available on StudyMode
  • Pages : 17 (5304 words )
  • Download(s) : 113
  • Published : March 13, 2011
Open Document
Text Preview
PENDAHULUAN
Bermula daripada sejarah kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan status negara berdaulat bukan mudah. Malaysia bukan sahaja harus mendapatkan kembali hak yang dirampas oleh pihak penjajah dan berusaha membina serta menyusun semula hak yang telah ditinggalkan, malah Malaysia harus pandai mengagihkan setiap kekayaan secara adil antara kumpulan etnik yang terbina akibat dasar yang telah ditinggalkan oleh pihak penjajah British. Maka, kerajaan telah berusaha membuat pelbagai dasar bagi merealisasikan impian setiap rakyat Malaysia yang menginginkan kesejahteraan, perpaduan dan kekayaan untuk dinikmati bersama secara adil. Menyedari ketidakseimbangan sosial ekonomi yang berlaku, kerajaan telah mengusahakan satu pendekatan yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang melibatkan beberapa program melalui Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) selama 20 tahun bermula dari 1971 sehingga 1990 dan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein Al-Haj. DEB merupakan kesinambungan daripada dasar kerajaan terdahulu iaitu Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) yang dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi ini dilaksanakan selama lima tahun bermula dari tahun 1966 sehingga 1970 melibatkan seluruh Malaysia. Objektif utamanya adalah menjaga kebajikan seluruh rakyat dan meninggikan taraf hidup di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Matlamat utama DEB ialah mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat dalam negara dengan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi di antara kaum. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah DEB disusun menerusi dua strategi utama iaitu, membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. 2. FAKTOR PEMBENTUKAN DASAR EKONOMI BARU (DEB)

2.1Mencapai Perpaduan Negara
Matlamat utama DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dengan membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah (termasuk antara kawasan dalam wilayah yang sama). Menurut Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun Abdul Razak : [1] ” Untuk mencapai matlamat perpaduan negara keseluruhannya, Malaysia berkehendakan bukan sahaja setakat kadar perkembangan ekonomi yang tinggi. Dalam usaha memupuk tenaga bagi menghadapi pembangunan ekonomi yang cepat, kita terpaksa sama sekali menentukan adanya keadaan masyarakat yang adil, pembahagian pendapatan yang saksama dan peluang-peluang pekerjaan yang bertambah.” Masalah perpaduan yang dihadapi negara ketika itu adalah berpunca daripada dasar-dasar British semasa penjajahan Tanah Melayu. Kaum Melayu, Cina dan India bukan sahaja ditempatkan secara berasingan malah mempunyai jenis pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza-beza. British pada masa itu tidak merangka sebarang dasar sewaktu pemerintahannya untuk menyatupadukan ketiga-tiga kaum utama ini. Justeru itu, wujud prasangka dan curiga antara satu sama lain. Keadaan ini telah membawa kepada tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Faktor ekonomi menjadi punca penumpuan sekumpulan kaum di kawasan bandar dan kumpulan kaum lain di kawasan desa dan pedalaman. Pengelompokan di bandar ini pada dasarnya boleh menghindari daripada berlakunya perselisihan di antara kaum. Orang asing berkecenderungan untuk berkumpul dalam kumpulan yang sama. Mereka beranggapan lebih selamat berada dalam kumpulan yang sama keturunan, agama dan kebudayaan serta kepercayaan. Pada tahun 1920-an, pemisahan ini lebih ketara apabila hampir keseluruhan orang Melayu berada di desa, orang Cina di bandar dan orang India di estet. Selain itu terdapat juga beberapa kawasan dalam bandar...
tracking img