Ctu Tamadun Islam

Only available on StudyMode
  • Pages : 9 (2242 words )
  • Download(s) : 2538
  • Published : October 15, 2010
Open Document
Text Preview
Definisi peristilahan tamadun; bahasa, istilah dan pandangan sarjana

Perbincangan tentang ilmu ketamadunan telah banyak dikupas oleh tokoh-tokoh sarjana di Timur mahupun di Barat dari pelbagai perspektif. Pelbagai istilah telah muncul dalam mendefinisikan pengertian tamadun, di mana secara umumnya ianya membawa erti pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di samping pemupukan tingkahlaku yang baik. Menurut The Oxford Dictionary (1995) salah satu makna moden ialah barn dan mutakhir iaitu new and up to date. Menurut Kamus Dewan (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban. Dalam bab ini, perbandingan di antara . definisi tamadun yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan definisi yang dikemukakan oleh sarjana Islam akan dilihat. Perbandingan ini dibuat bagi mendapatkan satu definisi terbaik. Perbincangan mengenai ciri-ciri masyarakat bertamadun dan faktor-faktor yang membantu sesebuah tamadun itu muncul dan seterusnya terbina turut diperbincangkan tanpa mengabaikan faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan sesebuah tamadun.

Penggunaan istilah tamadun yang berasal dari bahasa Arab iaitu tamaddun telah lama diterima pakai dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Penggunaannya dalam bahasa Melayu dikenali sebagai fenomena peminjaman mengikut teori antara bahasa. Di dalam bahasa Arab terminologi yang sering disamakan dengan tamadun ialah Hadharah, Umran dan Madaniyyah atau sinonim dalam bahasa Inggeris Civilization. Semua istilah di atas, walaupun rujukan khususnya boleh dibezakan antara satu sarna lain lantaran berbezanya latar belakang sarjana dan pengalaman hidup mereka, akan tetapi secara umumnya merujuk kepada makna yang sarna. Semua istilah tersebut secara literalnya bererti maju atau mencapai kemajuan. Makna kemajuan ini akan dipakai sebagai suatu makna tamadun yang sarna supaya mudah difahami.

Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini lahirlah perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada perkataan al-deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah Wan Mohd Radzi, Hashim Hj Musa, Mohd Zuhdi Marsuki, 2002: 3).

Menurut Ibrahim Anis et al. (1960), perkataan tamadun adalah kata terbitan daripada kata kerja maddana yang bererti pemilihan sesuatu lokasi sebagai tempat tinggal dan membangunkan sesuatu kawasan hingga menjadi suatu perbandaran. Manakala Ibrahim Mustafa et al. (1989) dalam Al-Mu'jam al-Wasit memberi erti yang sedikit berbeza iaitu hidup dalam suasana kehidupan orang bandar dan menikmati kehidupan yang maju.

Perkataan tarnadun melahITkan beberapa perkataan lain yang menjelaskan lagi kandungan maksud yang diungkapkannya. Antara yang dimaksudkan ialah madinah (bandar) dan madi1ni (keselesaan hidup dan ketinggian budi) (Mohd Liki Hamid, 2004 : 4-5). Tamadun juga sering disamakan pengertiannya dengan peradaban yang membawa maksud keadaan dan tingkat kemajuan pada kehidupan jasmani dan rohani dalarn sesebuah bangsa dan masyarakat. Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalarn bahasa lnggeris untuk memberi maksud tarnadun ialah civilization atau civilisation. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Tamadun dari segi bahasa mempunyai erti yang sarna dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris. Civilization berasal daripada istilah bahasa Perancis iaitu city (bandar). Sehingga tahun...
tracking img