Coursework.Pdf

Only available on StudyMode
  • Pages : 41 (7064 words )
  • Download(s) : 200
  • Published : May 29, 2010
Open Document
Text Preview
PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK

YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

1.0

PROFIL SYARIKAT

1.1

Latar belakang syarikat dan Sejarah

Kumpulan Yeo Hiap Seng Malaysia pada dasarnya terlibat dalam penghasilan, pemasaran dan penjualan makanan dan minuman di bawah nama jenama “Yeo’s”, “Fizzi”, “Goodtase”, “Cintan” dan “Soyrich”. Produk ini dikeluarkan oleh kilang-kilang Yeo Hiap Seng Malaysia yang keseluruhannya terletak di Malaysia. Semua makanan dan minuman yang di keluarkan menggunakan bahan-bahan yang segar untuk mengekalkan rasa dan citarasa yang asli.

Pada tahun 1955, sejarah ditempuh bukan saja untuk syarikat ini tetapi untuk keseluruhan dunia apabila Yeo Hiap Seng telah berubah daripada kebiasaan dari segi pemikiran daripada hasil kejayaan membotolkan susu soya bean. Sejarah kebanggaan Yeo Hiap Seng Malaysia bermula di China apabila kilang soya telah dibina pada tahun 1906. Inisiatif pengasasnya Yeo Kheng Lian telah membawa ke Asia pada tahun 1973 apabila keluarganya berpindah ke Singapura. Pada tahun di mana Malaya telah menjadi negara bangsa juga merupakan tanda aras penting kepada Yeo Hiap Seng. Tahun 1957 menyaksikan penubuhan pertama pejabat Yeo Hiap Seng di Malaysia. Yeo Hiap Seng memperbadankan jualan syarikat yang pertama di Malaysia di bawah nama Yeo Hiap Seng (Sarawak) Sdn.Bhd dan diikuti dengan penubuhan kilang pegetinan Yeo Hiap Seng (Malaysia) Sdn.Bhd di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1959.

1

PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK

YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

1967 merupakan pencapaian terbesar syarikat. Berikutan kejayaan pembotolan susu soya, Yeo Hiap Seng sekali lagi memperkenalkan minuman penciptaan baru apabila menjadi yang pertama di dunia memperkenalkan minuman dalam kotak. Pada tahun itu juga Yeo Hiap Seng memperkenalkan kari ayam yang ditinkan. Berkembang daripada kekuatan demi kekuatan, syarikat memulakan operasi mengetinkan makanan yang dibina di Johor Bharu pada 1971. Pada 1975 syarikat di senaraikan dalam Kuala Lumpur Stock Exchange. Pada 1983, Yeo Hiap Seng menjadi pengeluar minum di Jepun. Bagi syarikat yang mempunyai pengalaman yang luas, kepelbagaian dalam bidang yang berkaitan merupakan perkara yang biasa. Yeo Hiap Seng Malaysia memperkenalkan pelbagai minuman dalam tin pada tahun 1985 sementara 1984, menjadi yang pertama di Malaysia membangunkan dan pembungkusan minuman berkabonat perisa buah-buahan tropika di bawah nama jenama “Fizzi”.

Pada tahun tersebut juga Yeo Hiap Seng Malaysia menjadi yang pertama dalam negara memperkenalkan jus campuran buah-buahan 100%. Tahun 1994 Yeo’s menjadi nama barangan rumah di Malaysia dan Singapura. Ini merupakan masa untuk syarikat mengambil tindakan mengembangkan perniagaan. Yeo Hiap Seng mengadakan pakatan bersama dengan Worldgrain Co. Ltd untuk menghasilkan minuman dalam tin dan pada 1995 Yeo Hipa Seng mendapatkan subsidiari Rengo International Investment Ltd Hong Kong di mana beroperasi dengan Xiaman Rengo Food Co.Ltd untuk meneluarkan dan mengedarkan mee segera ke China.

2

PMN 3023: PENGURUSAN STRATEGIK

YEO HIAP SENG MALAYSIA BERHAD

1.2

Objektif atau matlamat korporat

Syarikat ini amat mementingkan inovasi dan penyelidikan serta pembangunan dalam menghasilkan produk mee segera. Dengan pembaharuan ini diharap dapat memajukan lagi perniagaan mereka. Selain itu logo Yeo’s telah direka semula untuk menghasilkan kesegaran dan lebih dinamik untuk diperkenalkan kepada komuniti. Untuk pembaharuan di masa depan, Yeo Hiap seng Malaysia telah memajukan teknologi

maklumat. Latihan komputer dan pembangunan merupakan agenda pada sumber manusia.

Didalam syarikat ini juga, amat menitikberatkan tentang tahap kebersihan yang ketat untuk mengekalkan setiap masa produk yang bagus dan kawalan kualiti untuk memastikan kualiti yang tinggi bagi semua produk. Penyelidikan dan pembangunan yang berterusan merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk peningkatan yang berterusan bagi memastikan seiring dengan corak pasaran....
tracking img