Contract Mu'Awadat

Only available on StudyMode
  • Pages : 22 (6773 words )
  • Download(s) : 896
  • Published : March 27, 2009
Open Document
Text Preview
KONTRAK MUCAWADAH :
KONSEP, CIRI-CIRI DAN JENIS-JEINSNYA
Oleh
Mat Noor Mat Zain
mnmz@ukm.my
Azlin Alisa Ahmad
alisa@ukm.my
Jabatan Syariah, FPI, UKM
Abstrak
Kontrak mucawadah adalah salah satu kelompok kontrak yang diklasifikasikan berdasarkan matlamat asal sesuatu kontrak atau dari segi pertukaran subjek dan obligasi kontrak. Ia merupakan satu kontrak pemilikan yang berasaskan pertukaran subjek kontrak di antara pihak-pihak yang berkontrak di mana manfaat daripada kontrak itu diperolehi oleh kedua-dua mereka. Dengan ini, ia berbeza dengan kontrak tabaruk (tabarruc) yang hanya melibatkan balasan daripada satu pihak sahaja. Saling bertukar balasan secara rela di antara pihak-pihak terbabait adalah ciri asas kepada kontrak muacawadah yang menjadikannya asas kepada bidang perniagaan yang bermatlamatkan keuntungan. Oleh itu, semua kontrak yang berakhir pertukaran atau pulangan timbal balik termasuk dalam kategori kontrak mucawadah dan kontrak perniagaan. PENDAHULUAN

Kontrak merupakan salah satu sebab pemilikan yang paling berkesan dan penting. Ia sama ada membentuk sesuatu obligasi pada salah satu pihak yang terlibat atau kepada kedua-dua belah pihak. Kontrak mucawadah pula merupakan satu kategori kontrak yang menjadi amalan seharian masyarakat pedagang dan juga masyarakat umum. Ia merupakan satu kontrak yang berasaskan pertukaran keperluan yang berbentuk timbal balik, di mana salah satu pihak mengambil dan pihak lain memberi sesuatu sebagai balasannya. Dengan ini, jelaslah bahawa yang menjadi tunggak utama dalam kontrak mucawadah ialah wujudnya obligasi secara timbal balik dan pertukaran balasan. Untuk itu, konsep pertukaran dalam kontrak ini perlu diteliti bagi menentukan sifat-sifat dan ciri-ciri khusus bagi kontrak tersebut. Seterusnya dapat dikenalpasti jenis-jenis kontrak yang terangkum dalam kategori kontrak mucawadah itu. Ini kerana kontrak ini adalah satu kelompok kontrak yang terdiri daripada beberapa jenis kontrak lain yang mempunyai prinsip yang sama.

Namun demikian, terdapat beberapa keadaan di mana ulama berselisih pendapat dalam mengkategorikannya sebagai kontrak mucawadah atau sebaliknya kerana kontrak itu dari satu sudut mempunyai unsur pertukaran, maka ia adalah kontrak mucawadah dan dari sudut lain pula mempunyai unsur lain yang bertentangan dengan kriteria kontrak mucawadah. Justeru itu, penulis merasa perlu mengenal pasti kedudukan sebenar dan pendapat ulama mengenainya. Berdasarkan kedudukan itu juga, kontrak mucawadah banyak berbeza dengan kelompok kontrak-kontrak yang lain dari segi pembentukan, syarat-syarat, implikasi dan penamatannya. Bagi mengenal pasti kedudukan ini, semua perkara tersebut mesti dikaji secara terperinci bagi mengenal pasti ciri-ciri dan prinsip-prinsip kontrak mucawadah dan seterusnya dapat mengetahui pengecualian kepada prinsip-prinsip asas itu. KEWUJUDAN KONTRAK MUCAWADAH

Kontrak terbahagi kepada beberapa jenis yang berbeza berdasarkan kepada penilaian yang tertentu. Penilaian dibuat sama ada berdasarkan kepada hukum dan sifat-sifat kontrak, atau mengikut tabiat, atau sama ada mengikut kesinambungan sighahnya atau tidak. Ada kala berdasarkan kesannya, tetapi kebiasaannya, ia sangat bergantung kepada bentuk kewujudannya.

Setiap kontrak mempunyai kesan atau matlamat akhir yang telah ditentukan oleh syarak terhadapnya dengan menjadikan urusan berkontrak itu sebagai jalan atau sebab untuk mencapainya. Pemilihan untuk mencapai matlamat ini juga berkait rapat dengan kehendak pihak-pihak yang berkontrak itu sendiri, kerana seseorang itu sudah tentu mempunyai sesuatu matlamat dalam setiap tindak tanduknya, termasuklah dalam hal bermuamalah, walau bagaimanapun matlamat asal itu sebenarnya telah diaturkan oleh syarak dan pembuat kontrak hanyalah berhak memilih cara atau sebab untuk mencapai matlamat itu iaitu melalui kontrak. (Madkur 1963, 586) Apabila sesuatu kontrak telah sempurna rukun dan syarat-syaratnya barulah wujud implikasi atau natijah syarak itu....
tracking img