Cerpen

Only available on StudyMode
  • Pages : 13 (3359 words )
  • Download(s) : 834
  • Published : February 17, 2010
Open Document
Text Preview
HARGA SEBUAH PERSAHABATAN

Aku menarik perlahan album yang setelah sekian lama tersimpan rapi di rak buku. Rasanya sudah 4 tahun aku tidak menyentuh album itu. Dan selama itu jugalah aku tidak menambah mahupun mengeluarkan gambar-gambar yang terdapat di dalamnya. Entah mengapa hari ini hatiku terdetik untuk membelek-beleknya. Setelah album tersebut telah berada dalam tanganku, aku menghenyakkan punggungku di atas sofa yang terletak bersebelahan dengan katilku. Dengan perlahan aku meniup dan menyapu habuk dipermukaanya. Terasa sedikit gatal hidungku apabila menghirup udara yang bercampur habuk. Dengan perlahan, aku menyelak helaian demi helaian. Aku melihat diriku ketika berada dalam darjah satu. Berdiri dihujung sekali dengan berpakaian skirt sekolah. Aku tergelak sendirian mengenangkan hanya di situlah aku akan ditempatkan setiap kali gambar kelas diambil. Maklumlah, aku sentiasa menjadi pelajar yang paling rendah dalam setiap kelasku. Aku lihat satu-satu gambar kawan-kawanku dahulu. Rindu sungguh rasanya untuk kembali ke masa itu. Pada masa yang hanya dipenuhi dengan kegembiraan dan keceriaan, tanpa sebarang masalah yang perlu difikirkan. Indah sungguh waktu itu.

Aku beralih ke muka surat berikutnya. Melihat gambar-gambar ketika di waktu aku berada dalam darjah dua, tiga, empat dan seterusnya. Gambar sukan sekolah, hari guru, hari kanak-kanak , hari pakaian beruniform, gambar-gambar lawatan sekolah dan tidak ketinggalan gambar-gambar pada hari-hari selepas peperiksaan. Semuanya tersimpan rapi di dalam album. Aku meneruskan menyelak helaian demi helaian sehinggalah pada gambar ketika aku berada di tingkatan 5. Mataku tertancap pada sebuah wajah yang telah lama tidak aku temui. Banyak kenangan lama yang terimbau dalam kotak ingatanku. Semuanya kini seolah-olah bermain-main di ruang mataku. Betulkah dia bersalah atau aku yang terlalu cepat membuat keputusan? Aku bermonolog sendirian. Hanya keluhan yang dapat aku berikan.

Muhammad Izzudin b. Abdul Aziz. Nama kepunyaan seorang individu yang banyak memberikan kenangan dalam hidupku. Dialah salah satu sahabatku yang paling rapat denganku. Namun disebabkan kerana hanya satu peristiwa, persahabatan kami terputus ditengah jalan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya aku apabila aku terpaksa menghadapi perkara tersebut.

“Alia, jom kita pergi makan”, ajak Izzudin selepas sesi persekolahan pada hari itu tamat.

“Em, ok jugak tu, aku pun dah lapar sangat dah ni, masa Pn. Hanisah suruh tengok peta Malaysia tadi pun aku asyik terbayang ayam goreng je. Belanja aku KFC eh..eh..bolehlah...” aku cuba merayu. Bukannya aku sengaja hendak meminta Izzudin untuk membelanjaku, tapi memandangkan beg duitku tertinggal di atas katil membuatkan aku tiada pilihan. Walaupun, pada hakikatnya emak sudahpun memasakkan untukku dan hanya perlu dipanaskan sahaja lauk untuk dimakan pada waktu tengah hari itu. Namun, disebabkan perasaan malas yang bermaharajalela dalam diriku, aku mengambil keputusan untuk makan diluar. Akibatnya, beg duitku pula yang tertinggal.

“Itulah akibatnya kalau tak dengar cakap mak”, aku bercakap sendirian.

“Hah! Apa kau cakap, aku tak dengar. Dah la ‘demand’ lepas tu cakap sorang-sorang. Kita makan kat warung Pak Man je la murah dan sedap” Izzudun cuba membantah sambil cuba untuk menghidupkan enjin motornya.

“Alaa...jom la makan KFC, aku dah lama tak makan ayam goreng. ‘Snack Plate’ je, tak sampai RM 10 pun. Dulu aku belanja kau lebih daripada tu aku tak bising pun”,aku cuba merayu lagi. Ayam goreng KFC memang sudah lama menjadi kegemaranku. Memang sungguh-sungguh aku hendak merasa ayam goreng itu pada hari ini.

“Hah, mengungkit lagi. Itu ajalah yang kau tahu. Dah la, jom lah pergi. Kalau lawan mulut dengan kau sampai esok pun tak habis. Memandangkan aku sahabat kau yang baik lagi mulia, aku belanja kau. Apa lagi, ‘start’kan lah ‘scooter’ kau tu,” Izzudin mula membebel.

Aku tersenyum simpul...
tracking img