Campur Tangan British Di Tanah Melayu

Only available on StudyMode
  • Pages : 15 (4645 words )
  • Download(s) : 1664
  • Published : March 15, 2011
Open Document
Text Preview
Campur tangan British di Tanah Melayu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-pegawai yang dilantik oleh pihak British untuk mentadbir dan menguruskan semua aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan juga adat resam orang-orang Melayu. Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-negeri Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen kecil yang diberikan oleh kerajaan British. Isi kandungan [sorok]

1 Dasar Tidak Campur Tangan
1.1 Pertukaran Kerajaan Di Britain
1.2 Pembubaran Syarikat India Timur
2 Peranan Bijih Timah
2.1 Kebangkitan Industri Mengetin Makanan
3 Perlombongan Bijih Di Tanah Melayu
4 Kegiatan Pelanunan
5 Ketidakstabilan Keadaan Politik Negeri Perak
5.1 Perang Larut Di Perak
5.2 Perebutan Kuasa Di Kalangan Pembesar Melayu
5.3 Perang Larut Keempat
6 Perjanjian Pangkor
6.1 Persetujuan Cina
6.2 Perjanjian Pangkor
6.3 Kesan Perjanjian Pangkor
6.4 Kepentingan Perjanjian Pangkor
7 Campur Tangan British Di Selangor
8 Campur Tangan British Di Negeri Sembilan
9 Campur Tangan British Di Pahang
10 Sebab-Sebab Campur Tangan British
10.1 Justifikasi Campur Tangan British
[sunting]Dasar Tidak Campur Tangan

Pada awalnya, Syarikat India Timur (British East India Company) enggan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Ini kerana Syarikat India Timur adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. Dengan cara ini, Syarikat India Timur berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh syarikat dan negeri-negeri Melayu. Campur tangan syarikat dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu boleh membawa kepada penglibatan dalam operasi ketenteraan ataupun peperangan, dan akan melibatkan perbelanjaan besar kepada Syarikat. Syarikat melihat India dan China sebagai kawasan perdagangan yang jauh lebih lumayan, dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap nilai perdagangan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri Melayu. Pembaharuan Piagam Syarikat (Charter) oleh Parlimen Britain dalam tahun 1834 menamatkan monopoli Syarikat India Timur ke atas perdagangan candu dan lain-lain barangan dengan China. Syarikat India Timur kini terpaksa bersaing dengan lain-lain lain-lain pedagang British dan juga pedagang-pedagang dari negara-negara lain untuk membawa barang dagang dari Timur Jauh ke pasaran Eropah. Persaingan ini mengurangkan untung Syarikat India Timur. [sunting]Pertukaran Kerajaan Di Britain

Sir Andrew Clarke
Dalam tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dipindahkan daripada penguasaan Syarikat India Timur kepada penguasaan Pejabat Kolonial di London. Dengan ini, Gabenor dan pegawai-pegawai British di Negeri-Negeri Selat bukan lagi menjaga kepentingan Syarikat India Timur di Calcutta tetapi menjaga kepentingan kerajaan British, khususnya Pejabat Kolonial di London. Sir Andrew Clarke dihantar ke Singapura dalam bulan November 1873 oleh Setiausaha di Pejabat Kolonial, Lord Kimberley (John Wodehouse) untuk menjadi Gabenor Negeri-Negeri Selat. Sir Andrew diarahkan oleh Lord Kimberley untuk mengkaji kemungkinan melantik penasihat-penasihat British di negeri-negeri Melayu dan mengikhtiarkan supaya keamanan dan kemakmuran dapat dikembalikan ke negeri-negeri Melayu. (“see whether any steps can be taken to promote the restoration of peace and order to secure protection to trade and commerce” dan “whether it would be advisable to appoint a British officer to reside in any of the states”) Arahan Sir Andrew dikukuhkan lagi apabila Benjamin Disraeli menjadi Perdana Menteri. Disraeli melihat Britain mestilah menunjukkan prestijnya sebagai kuasa terkuat di dunia dan perlu menguatkan...
tracking img