Cabaran Filem Indie Di Malaysia

Only available on StudyMode
  • Pages : 13 (4089 words )
  • Download(s) : 923
  • Published : September 21, 2010
Open Document
Text Preview
1.0 Pendahuluan
Filem ‘Indie’ adalah filem bebas yang dihasilkan oleh pengarah bebas yang menekan aspek seni dan aspek kehidupan sekeliling. Di sini filem ‘Indie’ di Malaysia juga terdapat nilai keseniannya yang tersendiri sama seperti filem-filem yang dihasilkan oleh pembikin filem yang lain. Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh pembikin-pembikin filem ‘Indie’ di Malaysia dalam mengharungi kemelut industri filem tempatan. Cabarannya di sini adalah seperti masalah ego pembikin filem ‘Indie’ itu sendiri, tentang menghadapi konflik dengan kerajaan dan permasalahan dengan masyarakat. ‘Indie’ atau dalam perkataan penuhnya ‘Independent’ dan semua sudah sedia maklum bahawa ‘Independent’ bermaksud bebas atau berdiri sendiri menurut pengetahuan semasa. Menurut ‘Dictionary of Contemporary English’ keluaran ‘Longman’, ‘Independent’ bermaksud organisasi bebas yang tidak di miliki atau dikawal oleh sesebuah organisasi lain mahupun kerajaan. ‘Indie’ atau ‘Independent’ dalam konteks Hollywood pula adalah filem-filem yang dihasilkan oleh pembikin yang tidak bernaung di bawah syarikat pengeluar atau studio gergasi yang mendominasikan trend filem seluruh dunia. Tetapi ‘Indie’ dalam konteks industri perfileman negara kita yang tidak mempunyai syarikat gergasi pengeluaran filem adalah isi pemikiran yang diluar arus perdana dan sedikit provokatif (Ku Seman Ku Hussain, 2009). Filem pula adalah medium yang membawa cerita kepada penonton. Pembikinan filem adalah seni menterjemah elemen teks daripada lakonlayar dengan elemen visual yang dihasilkan menerusi lensa kamera (Ku Seman Ku Hussain, 2003). Pembikin filem ‘Indie’ adalah terdiri daripada kumpulan yang bekerjasama dalam menulis, menerbit dan saling membantu dalam membiayai penerbitan filem berbanding dengan pembikin filem komersil lebih cenderung untuk bekerja dalam kumpulan tertutup yang memulaukan bukan-konformis, amalan yang menghalang semangat berani untuk cuba dan inovasi (Azhar Ibrahim, 2009).

Penerimaan filem ‘Indie’ di Malaysia juga kurang memberansangkan kerana mentaliti rakyat Malaysia terhadap filem seni masih ditakuk lama. Ini kerana kebanyakan pembikin filem ‘Indie’ membikin filem atas dasar seni untuk seni. Ini ditambah lagi dengan pandangan masyarakat bahawa filem ‘Indie’ menyentuh tentang isu sensitif seperti isu perkauman, isu berunsurkan seks, isu politik dan lain-lain. Apa yang kita dapat lihat, walaupun penerimaan filem ‘Indie’ terhadap masyarakat di Malaysia kurang memberansangkan tetapi semakin ramai pembikin-pembikin filem yang lahir dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana perkembangan teknologi pada masa kini telah membolehkan sesiapa sahaja boleh menjadi pembikin filem ‘Indie’ (Parks, 2005). Filem ‘Indie’ berbeza dari filem-filem yang lain adalah disebabkan oleh cara penyampaian yang berbeza dengan mempersembahkan jalan cerita berbentuk metafor, menyentuh permasalahan yang rumit mengikut pemerhatian pengarahnya serta dibuat atas dasar luahan rasa pengarah dan penulisnya. Menurut Amir Muhammad, beliau mendefinisikan filem ‘Indie’ di Malaysia digelar sebegitu kerana ianya adalah filem yang tidak diterima penyertaannya dalam Festival Filem Malaysia (Dr Khoo Gaik Cheng, 2004). Adakah festival tersebut benar-benar berprestij di mata masyarakat yang menonton filem-filem tempatan? Yasmin Ahmad adalah antara pembuka jalan kepada pembikin-pembikin filem ‘Indie’ utuk berkarya dengan lebih luas melalui filem Sepet yang mengalahkan filem Puteri Gunung Ledang pada Festival Filem Malaysia tahun 2005 dengan memenangi Anugerah Filem Terbaik. Walaupun filem Sepet bukan lagi digelar filem ‘Indie’ kerana ianya dibuat untuk tujuan komersil tetapi prinsip Yasmin Ahmad dalam pembikinan filem telah mengekalkan stail filem ‘Indie’ yang mengutamakan unsur naratif dan pemikiran (Ku Seman Ku Hussein, 2009). Ini jelas mmbuktikan bahawa filem ‘Indie’ terdapat kualiti dan nilai komersilnya yang tersendiri walaupun filem Sepet hanya menerapkan stail filem ‘Indie’. Komersial berperanan...
tracking img