Business Plan

Only available on StudyMode
  • Pages : 6 (1527 words )
  • Download(s) : 104
  • Published : May 30, 2009
Open Document
Text Preview
Question
What is the purpose of a business plan for an entrepreneurship? Some successful businesses are started without any business plan and operate according to the gut instincts of the entrepreneur. What do you think accounts for the success of businesses that are run "by the seat of the pants" without any formal planning?

1.Pengenalan : Apa Itu Rancangan Perniagaan?
Rancangan perniagaan (RP) adalah dokumen yang disediakan oleh syarikat ataupun usahawan secara bertulis yang mengandungi maklumat ataupun keterangan berkenaan perniagaan ataupun projek yang hendak dijalankan secara komprehensif dan mendalam. Rancangan perniagaan dapat juga diklasifikasikan sebagai penulisan laporan berkenaan projek atau pun perniagaan syarikat. RP juga boleh dikenali sebagai kertas kerja, kertas projek dan prospectus perniagaan.

Rancangan perniagaan mempersembahkan perincian berkenaan perancangan yang mengandungi maklumat dan data yang diperlukan bagi menjalankan perniagaan. Ia juga menyatakan strategi-strategi perniagaan yang perlu dilaksanakan oleh syarikat bagi mencapai objektif, matlamat dan wawasan syarikat selain analisis perniagaan, ramalan, andaian, jangkaan dan cara melaksanakan strageti yang dijana oleh perniagaan. Rancangan perniagaan diperlukan oleh syarikat bagi tujuan mengurus dan mentadbir sesebuah perniagaan secara cekap dan berkesan.

2.Tujuan Rancangan Perniagaan
Rancangan perniagaan yang disediakan dapat digunakan bagi pelbagai tujuan. Seperti yang dinyatakan rancangan perniagaan adalah garis panduan bagi sesebuah syarikat menjalankan perniagaan dengan cekap bagi menjana keuntungan. Perincian berkenaan kepentingan rancangan perniagaan bagi sesebuah syarikat adalah seperti berikut:

a)Sebagai langkah pertama dalam pembentukan perniagaan

Kepentingan asas ataupun kegunaan utama rancangan perniagaan adalah sebagai petunjuk awal ataupun persediaan hala tuju syarikat dan perniagaan. Turut dimuatkan cara-cara memulakan serta menjalankan perniagaan bagi mencapai matlamat dan objektif syarikat. Ia memberi gambaran menyeluruh berkenaan operasi perniagaan secara komprehensif. Rancangan perniagaan ini juga menjelaskan berkenaan persekitaran syarikat dan perniagaannya serta klasifikasi industri ia beroperasi. Strategi-strategi perniagaan dan cara-cara melaksanakannya juga turut dinyatakan dalam rancangan perniagaan ini.

b)Menerangkan model perniagaan

Model perniagaan adalah reka bentuk strategik dan mekanisme berkenaan cara-cara syarikat hendak menjana keuntungan daripada pelbagai strategi, operasi, proses dan aktiviti perniagaan. Ini bermula daripada penerangan atau deskripsi produk yang ditawarkan kepada pelanggan sampai strategi yang digunakan bagi mendapatkan keuntungan hasil daripada jualan produk ini. Dengan adanya rancangan perniagaan yang menerangkan model perniagaan, syarikat dapat mengetahui secara lebih jelas lagi berkenaan cara-cara memasarkan produknya dengan lebih berkesan berbanding para pesaingnya. Ada sesetengah syarikat yang mempunyai produk yang baik tetapi tidak mempunyai model perniagaan yang mantap dan ini dapat menjejaskan perniagaan syarikat itu daripada segi persaingan dalam industri.

c)Menilai potensi, keunikan perniagaan, nilai komersial, teknologi, pasaran dan persaingan

Gambaran keseluruhan yang dihasilkan oleh rancangan perniagaan berkenaan syarikat dan perniagaan dapat membantu pengurusan syarikat mengenal pasti serta membuat penilaian berkenaan potensi, keunikan perniagaan, nilai komersil, pembangunan teknologi, pasaran dan persaingannya. Kesemua ini adalah gambaran berkenaan keupayaan syarikat melaksanakan perniagaannya berdasarkan kapasiti dan kedudukannya berbanding para pesaing. Ada kalanya sesebuah syarikat itu merasakan produk yang ditawarkan kepada pasaran adalah baik tetapi apabila dibandingkan dengan produk dan keupayaan syarikat-syarikat para pesaing, ada kemungkinan syarikat itu sebenarnya sudah jauh ketinggalan.

d)Membantu kawalan pengurusan dalam...
tracking img