Buku Panduan Pismp

Only available on StudyMode
  • Pages : 234 (49607 words )
  • Download(s) : 224
  • Published : February 26, 2010
Open Document
Text Preview
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BUKU PANDUAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

SESI 2007/2008

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

© Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak

cipta

terpelihara.

Kecuali

untuk

tujuan

pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau

mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

BUKU PANDUAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

SESI 2007/2008

KANDUNGAN ___________________________________________________ KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. Kata Alu-Aluan Pengarah Kerangka Konseptual Kurikulum Pengenalan, Matlamat dan Hasil Pembelajaran Program Sistem Akademik, Struktur Program, dan Perincian Kursus yang Ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Agihan Kursus Major Mengikut Semester Agihan Pakej Kursus Elektif Mengikut Semester Agihan Keseluruhan Kursus Mengikut Semester Sistem Penyampaian, Pentaksiran dan Matriks Hasil Pembelajaran Sinopsis Kursus Wajib Sinopsis Kursus Teras  Kursus Pengajian Profesional  Kursus Major  Amalan Profesional Sinopsis Pakej Kursus Elektif  Kursus Elektif 1  Kursus Elektif 2 Sinopsis Kursus Tanpa Kredit Lampiran:  Lampiran 1: Hasil Pembelajaran Program  Lampiran 2: Sistem Penyampaian dan Pentaksiran  Lampiran 3: Kombinasi Kursus Major dengan Pakej Kursus Elektif 1 dan Elektif 2 Panel Penyediaan Buku Panduan MUKA SURAT ii iii 1 2

5. 6. 7. 8.

7 16 19 23

9. 10.

24

30 33 122 126 132

11

12 13.

150

151 157 159

14.

159

i

KATA ALU-ALUAN PENGARAH
Bismillahi-r-Rahmani-r-Rahim, Syukur Alhamdulillah kerana Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah berjaya melaksanakan sesi pengajian kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ini bermula pada Januari 2007. Kejayaan melaksanakan program peringkat ijazah pada kali pertama ini membina suatu lakaran sejarah baru kepada 27 Institut Perguruan Guru Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Program Sarjana Muda Perguruan ini disediakan bagi membantu Institut Pendidikan Guru Malaysia merancang dan melaksanakan pengajian akademik selaras dengan keperluan kurikulum. Maklumat am yang dimasukkan di dalam buku ini seperti Kerangka Konseptual Kurikulum, Pengenalan, Matlamat dan Hasil Pembelajaran Program perlu diteliti dan difahami oleh tenaga pengajar supaya aspirasi latihan perguruan dalam program ijazah ini dapat dicapai secara optima. Bahagian lain di dalam Buku Panduan ini memberi tumpuan kepada Struktur Program, Perincian Kursus-kursus yang ditawarkan, Agihan Kursus Mengikut Semester, Sinopsis Kursus, Sistem Penyampaian dan Pentaksiran, Matriks Hasil Pembelajaran, Pakej Kursus Elektif dan Kombinasi Major dan Elektif boleh membantu Institut Pendidikan Guru merancang dan menyediakan jadual waktu pengajaran, pelantikan tenaga pengajar, pengurusan bahan sumber pengajaran-pembelajaran serta menguruskan agihan pelajar berdasarkan kumpulan pengajian. Justeru, sistem pelaksanaan program ini di semua 27 IPGM ditadbirkan secara berpusat (centralised), maklumat-maklumat khusus tentang program ini sangat berguna untuk dijadikan panduan kepada IPG berkenaan. Di samping itu, Buku Panduan ini juga membantu pelajar memahami kandungan dan sinopsis kursus yang akan mereka ikuti. Memang menjadi hasrat Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk melahirkan guru profesional setelah pelajar mengikuti pengajian dan latihan perguruan, Saya percaya Buku Panduan ini akan membolehkan tenaga...
tracking img