Budaya Popular

Only available on StudyMode
  • Pages : 10 (2848 words )
  • Download(s) : 2043
  • Published : April 24, 2010
Open Document
Text Preview
Budaya popular adalah selalunya sebahagian dari hubungan kuasa iaitu ianya mempunyai elemen pergelutan yang berlarutan antara dominasi dan subordinasi antara kuasa dan pelbagai bentuk penentangan[resistance] terhadapnya. Bincang dakwaan ini dengan memberi contoh.

“I want to tell you about some of the difficulties I have with the term ‘popular’. I have almost as many problems with ‘popular’ as I do with ‘culture’. When you put the two terms together the difficulties can be pretty horrendous.”

Stuart Hall, ‘Notes on Deconstructing “The Popular’’ ’ (1981: 227)

Budaya popular bermaksud sesuatu yang disukai ramai, ‘inferior kind of work’, sesuatu yang sengaja dikeluarkan untuk mandapat restu dari masyarakat dan sesuatu budaya yang dibuat oleh rakyat untuk rakyat (Williams, R dalam Storey, J 1993). Budaya popular ini diukur ‘kepopularannya’ berdasarkan kepada kuantiti sahaja, seperti jumlah jualan buku dan jualan tiket konsert. Namun, ia berlainan dengan kepopularan ‘high culture’.

Kedua adalah sesuatu budaya yang tinggal setelah budaya tinggi dikategorikan. Budaya popular adalah sesuatu budaya yang tidak mencapai standard budaya tinggi dan disebabkan itu, budaya popular selalunya dikaitkan dengan budaya massa iaitu definisi budaya popular yang ketiga. Bertentangan dengan budaya massa, budaya tinggi adalah sesuatu yang dihasilkan secara individu dan sesuatu yang ‘culturally worthwhile’. Hasil kerja yang susah secara individu itulah yang menjamin statusnya sebagai budaya tinggi atau dalam kata lain, ‘high culture is the result of an individual art of creation’. Maka, budaya popular adalah sesuatu yang dikeluarkan secara massa atau besar-besaran dan adalah sesuatu yang homogenous.

Definisi budaya popular seterusnya adalah budaya popular berasal dari masyarakat. Ia adalah budaya dari rakyat untuk rakyat. Namun, terdapat masalah untuk mendefinisikan siapakah ‘masyarakat’ tersebut.

Definisi yang diberi oleh Gramsci berkaitan dengan pergelutan dalam konsep hegemoni iaitu cara kelas pemerintah atau yang mendominasi cuba untuk mempengaruhi atau mendapat restu dari kumpulan subordinat dalam masyarakat melalui proses intelek dan moral.

Postmodernism juga dikaitkan dengan definisi budaya popular. Terdapat hujah bahawa tiada lagi perbezaan antara budaya popular dan budaya tinggi yang kini telah dikaburkan dalam iklan television.
Definisi budaya popular yang terakhir adalah budaya popular wujud akibat proses ‘industrialization and urbanization’. Williams menyatakan bahawa definisi budaya popular bergantung pada revolusi industri dan pengaruhnya dalam sistem kapitalis.

Terdapat beberapa kekaburan mengenai kewujudan budaya popular ini iaitu sama ada ia berasal dari kelas bawahan atau dikenakan pada rakyat dari kelas atasan yang bertujuan untuk membuat kelas bawahan memberi restu dan memastikan pendominasian kelas atasan demi kepentingan dan mengekalkan kuasa? “The first concerns what or who determines popular culture. Where does popular culture come from? Does it emerge from the people themselves as an autonomous expression of their interests and modes of experience, or is it imposed from above by those in position of power as a type of social control?” (Strinati, D 1995)

Pandangan bahawa budaya popular berasal dari budaya massa menyatakan bahawa individu dalam masyarakat massa ini telah di‘atomised’ secara sosial dan moral. Dan disebabkan inilah individu-individu ini mudah dipengaruhi, dimanipulasi dan dieksploitasi oleh institusi seperti media massa. Ini merupakan satu potensi bagi golongan elit untuk menggunakan media massa untuk memujuk, manipulasi dan eksploitasi rakyat dalam cara yang lebih sistematik dan ‘all-pervasive ways than had been possible before’ (Strinati, 1995:8). Golongan elit yang mengawal dan menggunakan kuasa yang ada pada institusi ini untuk ‘memuaskan’ citarasa masyarakat agar dapat mengawal masyarakat.

Antara eksploitasi oleh golongan elit yang berkepentingan untuk keuntungan adalah...
tracking img