Bahaya Tidur Tanpa Mematikan Lampu

Only available on StudyMode
  • Pages : 3 (712 words )
  • Download(s) : 335
  • Published : April 9, 2011
Open Document
Text Preview
Bahaya Tidur Tanpa Mematikan Lampu, Sambil Menonton TV atau Mendengar Muzik Tidur merupakan keperluan alami manusia. Dengan tidur yang berkualiti, metabolisme tubuh ditata kembali. Kita juga mempunyai kesempatan untuk melakukan regenerasi / menggantikan sel-sel tubuh yang mati.

Tahukah anda, bagaimana cara mendapatkan tidur yang baik dan berkualiti? Salah satu caranya adalah dengan memadamkan lampu di waktu tidur (9 malam hingga 8 pagi) demi mendapatkan hormon melatonin secara maksimum!

Manusia perlu gelap
Menurut hasil kajian para saintis, tubuh manusia perlu suasana gelap untuk menghasilkan hormon melatonin. Hormon ini boleh menyebabkan mengantuk, dengan cara menurunkan sedikit suhu badan. Dari situ, proses tidur pun jadi lebih cepat, kerana biasanya suhu badan turun sekitar waktu tidur bermula. Dengan begitu , seseorang boleh tidur lelap tanpa gangguan bangun mendadak di malam hari.

Selain itu, melatonin juga membantu kita mengatasi masalah emosional hingga depresi. Ia juga berfungsi untuk menaikkan daya tahan tubuh dan mengatasi sistem kekebalan yang rendah. Ini kerana melatonin bekerja menyokong rangkaian hormon dan metabolisme di dalam tubuh yang selalu berubah seiring dengan kegiatan fizikal, keadaan mental, dan stress.

Malangnya, hormon ini mudah berhenti berproduksi. Prof. Russle Reiter dari Texas University mengatakan, “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, maka otak anda akan mengesan bahawa lampu menyala seharian dan pengeluaran zat melatonin akan langsung menurun.” Produksi hormon melatonin juga boleh terhenti ketika menyalakan lampu toilet, pergi melintas zon masa, diserlahkan sinar lampu jalanan, dan lain-lain.

Bagaimana jika tubuh kita tidak boleh menghasilkan zat melatonin dalam waktu lama? Akibatnya bisa fatal. Dalam artian, timbul pelbagai penyakit (insomnia, kanser, dll). Sebuah persidangan tentang anak penderita leukimia / kanser darah yang diadakan di London, Inggeris bahkan menyatakan bahawa orang boleh...
tracking img