Asli Senoi

Pages: 2 (338 words) Published: April 2, 2010
PERKAHWINAN
Upacara Perkahwinan
Upacara ini dimulakan dengan mengasah gigi kedua-dua mempelai yang bertujuan membuang sial. Ini adalah penting supaya segala masalah yang dihadapi oheh bakal pengantin ketika bujang tidak dibawa selepas berkahwin. Ada juga yang menyatakan asah gigi ini adalah untuk membuktikan bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan boleh memikul tanggungjawab masing-masing. Sehari sebelum upacara persandingan dilakukan, pasangan pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai. Jari kedua-dua pengantin akan dimerahkan dengan daun inai yang ditumbuh lumat. Upacara berinai ini dijalankan hingga ke pagi. Pada masa yang sama tari menari hingga ke pagi akan diadakan. Pelamin diperbuat daripada anyaman daun kelapa atau rumbia, manakala tiang pula diperbuat daripada anak-anak kayu yang direka bentuk seperti rumah yang kecil. Pelamin ini dibuat di hadapan rumah pengantin. Sekiranya suku kaum yang mendiami rumah panjang, mereka akan bersanding di tengah-tengah ruang untuk dilihat oleh ahli keluarga yang lain. Galeri Perkahwinan

Perkahwinan Orang Asli
Semasa upacara persandingan dilakukan, semua ahli keluarga akan menepung tawar pengantin dengan merenjis air mawar dan pulut sebagai merestui perkahwinan tersebut. Pakaian pengantin adalah sederhana. Kebanyakan pakaian pengantin mengikut pakaian tradisional masing-masing. Pengantin akan dihias dengan pelbagai aksesori yang dibuat sendiri. Aksesori yang dipakai oleh pengantin perempuan ialah gelang, kalung yang diperbuat daripada manik-manik yang beraneka warna. Kemudian lilitan kepala pula diperbuat daripada daun-daun untuk mencantikkan lagi pasangan tersebut. Pada hari persandingan, pelbagai juadah yang lazat disediakan oleh kedua-dua belah wakil. Makanan yang lazat itu kemudian diagih-agihkan kepada para tetamu untuk dimakan bersama-sama wakil kedua-dua belah pihak. Selepas itu upacara persandingan dijalankan dan diakhiri dengan upacara memandikan kedua-dua mempelai sebagai tanda mereka...
Continue Reading

Please join StudyMode to read the full document

You May Also Find These Documents Helpful

  • orang asli Essay
  • Essay about The Batek of Malaysia Are One of the Original People of Malaysia or Otherwise Known as Orang Asli. Unlike the Other Orang Asli...
  • Essay on Orang Asli
  • Orang Asli Essay
  • Orang Asli Customary Law Essay
  • Orang Asli Dan Pantang Larang Essay
  • Orang Asli Education Essay
  • Finance, Firm Size, and Growth Thorsten Beck, Asli Demirguc-Kunt, Luc Laeven and Ross Levine* Essay

Become a StudyMode Member

Sign Up - It's Free