Apa Itu Stress

Only available on StudyMode
  • Pages: 8 (2638 words)
  • Download(s): 785
  • Published: July 27, 2010
Open Document
Text Preview
APA ITU STRESS?
Stress adalah istilah payong yang merangkumi tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh,anxieti, kemurungan dan hilang daya. Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya. Perasaan berkemampuan dan berkesan adalah mustahak pada seseorang individu. Menyedari yang diri adalah cekap dan efektif (dalam mecapai apa yang dihajati dan melaksanakan segala tanggungjawabnya) adalah prasyarat penting pada kebanyakan individu profesional dalam penerimaan diri, nilai diri yang positif dan kesejahteraan hidupnya.Jika kepentingan ini terlampau kuat dalam diri seseorang itu, maka ia akan lebih cenderung kepada stress yang dicipta dalam dirinya sendiri. Reaksi stress adalah unik kepada individu itu. Apa yang kita definasikan sebagai stress, bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya dan orang lain. Seperti juga penerimaan seseorang itu kepada kebahagian dalam kehidupan, ianya adalah begitu subjektif. Faktor persepsi adalah penting dan bermistri. Kerap kali apa yang dianggap racun kepada seseorang itu adalah madu pada orang lain. Sesuatu rangsangan luaran yang identikal itu boleh menghasilkan pengamatan yang berbeza di antara dua individu yang berlainan dan seterusnya menghasilkan tindakbalas yang berbeza. Sebab itu lah ada orang yang cepat merebut peluang kerana dia dapat melihat itu sebagai pembukaan kepada kejayaan, dan disebaliknya ada orang yang membiarkan peluang yang sama berlalu kerana ia melihatnya sebagai punca kepada kerugian atau kegagalan. Bagaimana kita mengamati kehidupan adalah ditentukan oleh cara kita menerima diri sendiri. Oleh itu sesuatu realiti itu bukan dijadikan untuk kita, tetapi dibentuk oleh kita sendiri. Bergantung kepada diri seseorang, ada orang yang bangkit dengan cabaran dalam kesukaran kehidupan, ada orang yang menggelak, ada yang terus hidup bergelumang dengan kesukaran dan ada yang terus hilang daya dengan manifestasi gangguan saraf, sistem kardiovaskular ataupun kecelaruan psikiatri. STRESS YANG MEMBANTU Stress sebagai reaksi akut, adalah reaksi yang mempertahankan atau melindungi diri. Ianya merangsang diri untuk bertindak. Hormon adrenalin dan rangkaian hormonhormon lain merangsang tubuh untuk bersedia samada untuk melawan atau lari. Stress ini juga perlu untuk merangsang diri bertindak dan boleh memotivasikan dan menginspirasikan seseorang itu untuk mengerah segala sumber,dan potensi diri untuk kejayaan di luar keupayaan biasanya. Untuk mendapat kejayaan optima dalam kehidupan memerlukan penekanan pada diri. Rahsia kejayaan adalah membentuk imbangan supaya kita tidak terlampau menekan diri dan tidak terlampau leka. Tampa kesedaran ini tekanan kreatif boleh bertukar menjadi stress yang memudaratkan. Jadi reaksi stress itu tidak boleh dikatakan baik atau tidak, tetapi bergantung kepada cara kita bereaksi kepada stress dan mengendalikannya untuk menentukan samada ia menjadi dorongan yang kreatif atau musuh yang merosakkan diri.

STRESS YANG MEMUDARATKAN Pendedahan yang berulang dan berterusan kepada stress boleh melemahkan seseorang kepada penyakit fizikal, emosi yang tidak stabil, kecelaruan mental dan kerohanian yang tidak tenteram. Ini menjadi lebih teruk jika dalam kehidupan tiada aktiviti riadah dan bersantai yang membentuk keseimbangan. Ketiadaan aktiviti ini akan membuat diri hilang kecekapan mengendalikan stress. Ini adalah kerana persepsi diri keatas aspek-aspek kehidupan akan terjejas. Selain dari itu stress juga memudaratkan jika ia berpunca dari kelakuan yang tidak sesuai atau tidak praktikal. Pernahkah kita mengalami perasaan marah apabila terperangkap ditengah kesesakan jalan raya, atau marah kepada kerani yang pemungut bayaran bill kerana terpaksa menunggu lama. Ataupun, stress paling memudaratkan jika kita memilih untuk terus bergantung kepadanya tampa...
tracking img