Al-Muntalaq

Only available on StudyMode
  • Pages : 205 (63766 words )
  • Download(s) : 530
  • Published : March 27, 2011
Open Document
Text Preview
____________________________________________________________

______________________ muntalaq.wordpress.com

MUQADDIMAH :1

DUDUKLAH BERSAMA KAMI … KITA BERIMAN SEJENAK…
Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal salih atau azam kebaikan. Dari arah lain pula ialah tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya dan menjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia dalam lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahili. Ulang-alik antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu ketetapan Allah dan ia akan terus berlaku. Kerana itulah, orang-orang mukmin telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri jilsah-jilsah tafakkur, merenung diri dan tanasuh saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa jiwa takut-takut dihinggapi takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hati takut-takut terseleweng. Memeriksa ilmu dan iman takut-takut bercampur baur dengan berlebih-lebih dengan bid'ah atau kekurangan yang membawa kepada meninggalkan suruhan Allah dan nasihat kebenaran. Perasaan ini telah diterjemahkan oleh Mu'az bin Jabal r.a2 dengan satu ungkapan yang telah menjadi satu artikel/klaus/seksyen dalam perlembagaan generasi mukmin. Ketika mengingatkan sahabatnya, beliau telah berkata: ‫بخٍظ ثٕب ٔآِ عبػخ‬ (Duduklah bersama kami, kita beriman sejenak). Ungkapan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah r.a3, lalu dia berkata kepada Abu ad Dardaa‘ r.a4 sambil memegang tangannya: ِٓ ‫رؼبي ٔآِ عبػخ بْ اٌمٍت ؤعشع رمٍجب‬ ‫( اٌمذس برا اعزدّؼذ غٍُبٔب‬Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak). Dari mereka berdua pula kita ambil ungkapan ini, lalu lahirlah nasihat-nasihat ini yang berkaitan tentang fiqh adda'wah. Kita mengajak para da'i Islam untuk duduk sejenak dengan setiap nasihat ini, beriman dan memuhasabah diri, ilmu dan himmahnya. Saki baki.... Dan Harapan Begitulah… Siri-siri buku ini ditulis khusus untuk para du'at Islam; mereka yang bersolat dan merasa izzah dengan agama mereka; yang berakhlak dengan akhlak mukminin. Ia bukan untuk orang yang lalai, apalagi yang menyeleweng dari Islam.

Buku al-Muntalaq dalam bahasa Arab mempunyai dua versi. Satu versi penuh dan kedua versi khusus untuk pemuda. Muqaddimah ini adalah dari versi khusus untuk pemuda. Sementara isi buku ini adalah versi penuh. 2 Al-Ansori, Islam semasa berumur 18 tahun. Bersama dalam aqabah 2. Hadiri semua ma‟rakah bersama Rasulullah saw. Diutus ke Yaman selepas Tabuk.. Meninggal di Syam semasa taun tahun 18 H. 3 Al-Ansori, salah seorang naqib semasa bai‘ah Aqabah. Hadiri semua ma‟rakah bersama Rasulullah saw. Syahid dalam ma‟rakah Mu‘tah. 4 Al-Ansori. Antara ansor yang lewat Islam. Islam hasil dakwah Ibn Rawahah ra. Hadiri ma‟rakah selepas Badr. Ahli Quran. Menjadi qadi di Syam dan meninggal di Syam tahun 32 H (sebelum sayyidina Othman ra). 1

1

____________________________________________________________

______________________ muntalaq.wordpress.com

Ini adalah kerana untuk menyelesaikan masalah dunia Islam hari ini, sebenarnya tidak perlu kepada berpindahnya lebih ramai orang yang lalai dan menyeleweng kepada berpegang-teguh dengan Islam. Tetapi apa yang lebih diperlukan dari itu ialah menyedarkan dengan cepat mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan himmah mereka dan memperkenalkan kepada mereka toriq amal dan fiqh da'wah. Sebenarnya masih terdapat ramai saki baki mukmin yang bilangan mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang kita ingin capai dan cita-citakan, tetapi dengan syarat mereka mengenali erti tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), merasai kecil dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah, sabar menghadapi mihnah dan mahir seni memimpin ummat. Oleh sebab itu, peringatan-peringatan ini tidak akan berbicara tentang fikrah perbandingan antara Islam...
tracking img